Saturday, April 17, 2010

tip mudah menghadapi peperiksaan.

haaaaa!!!! dia datang dengan lenggang lajunya...
amacam semua, dah sedia ke nak menjawab peperiksaan.

Untuk adik2 sekolah mungkin dah ramai yang bersedia dengan peperiksaan pertengahan tahun. Namun, macam mana dengan rakan-rakan IPT yang lain. takkan ternanga lagi, exam tinggal berapa hari lagi je (padahal diri sendiri pun garu kepala lagi ni) hahaha... Tak pe, jangan risau. Meh, saya kongsi dgn anda tips yang mudah sebelum menghadapi peperiksaan. 
Senang je, meh sini rapat2... Jangan takut, tak kena bayar pun baca tip nie.. 

1. Tidur yang cukup.
        kalau anda ada kertas untuk hari esok, eloklah tidur awal agar mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6jam. Tapi kebiasaan nya lah kan. Budak-budak pengajian tinggi macam kita ni cukup gemar tidur hanya 2 3 jam jika esok ada exam. Sebab kata mereka, lepas abis exam esok boleh balas dendam balik kat katil yang terbengkalai semalam... macam2....

2. Jaga pemakanan.
       Haaaa... ini penting, sebelum nak menghadapi exam. kalau boleh pastikan anda menjaga diet pemakanan anda. jangan sampai tak makan pula sebelum ke dewan peperiksaan. Kalau boleh makanlah makanan yang berkhasiat setiap harit. Jangan bantai makan megi 3 mangkuk dan nasi lemak 5 bungkus pula. Memang carik nahasss nak cepat.....

3. Keselamatan.
       Ini jugak harus dititikberatkan. kalau anda tahu anda masih dalam mood peperiksaan, eloklah anda menjaga keselamatan double sikit dari waktu2 biasa. Bukannya waktu exam macam ni, lagi mahu merempitlah, overnite la, datinglah, memancinglah dan sebagainya.. (berblog tak per) hik3x...


4. Tumpukan pada subjek yang bakal dihadapi.
      Bukan kah anda dah lama diberi masa menelaah subjek2 yang ada dalam slip pekse. Jadi eloklah kalau anda tumpukan pula pada subjek yang bakal ditempoh esoknya. tapi ingat, hanya sebagai semakan, bukan baru masa tu nak membaca dengan kusyuk dan gile2 pulak. Sebabnya anda tak pernah dibuka buku teks sebelum nie.. itu namanya parahhhh. lagi haru kalau masa tu jugak anda baru nak bukak majalah gosip atau bermuka buku.. huuuuhhh!!!..


5. Datang awal ke dewan peperiksaan.
      Pastikan anda datang awal ke dewan peperiksaan, katakan waktu exam pukul 10.30pagi. sebaik-baiknya pukul 9 dah sampai. Disamping anda tidak terkejar-kejar, dapatlah juga anda merasa mood exam tu. Ini tidak, pukul 10.25 pagi baru sampai. Bukankah itu akan menyusahkan anda sebab dengan nafas yang berjongkang jongkit (bole ke guna ayat tu), ditambah bau peluh yang harum dan kegabrahan mahu masuk dewan peperiksaan, mesti akan membuatkan anda tak selesa dan otak pun akan jadi lemahh..... Erkk!!!


6. Banyakkan berdoa.
      Sayang, ni penting!!!Doa lahh... bukan susah pun.. Dah puas kot anda menggigit buku dan menjinjing segala nota dan kertas ilmu. Jadi, eloklah anda tak lupa untuk berdoa setelah selesai bersembahyang. Sekurang-kurangnya kita ingat lagi akan bantuan dari-NYA. sekurang-kurangnya anda akan reda dan bertawakal dengan segala ketentuan yang akan anda terima.

7. Pastikan peralatan untuk menjawab peperiksaan mencukupi.
       Ini lagi satu yang saya cukup tak gemar. Bila nak exam je, mesti kawan sebelah terfiwet-fiwet nak pinjam barang dari kita. kejap pemadam la, pembaris pula, pastu jawapan... hahaha... Rasa cam nak siku je dorang ni, nasib baik kawan. Jadi, eloklah kalau anda bawa siap2 barang sendiri. tak ada lah susah payah nak terngintai-ngintai orang sebelah nak pinjam barang. lagi satu, Jangan bawak TOYOL pulak yer.....

8. Bawa Slip Peperiksaan.
        Benda remeh yang selalu org2 muda macam anda lupa.. nak bawak slip peperiksaan ke dewan exam. Haiyaaaaa!!!! Ini pun boleh lupa ka???? jadi bersiap-siaplah dgn slip peperiksaan anda dari dalam rumah. letak elok2 dalam beg. Kalau tak, menangis tak berlagu lah nak memujuk pengawas peperiksaan masuk dewan esok....

9. Memohom Restu ibu bapa.
       Ayah dan ibu... Ayah dan ibu....(sambil menyanyi sedih). INGAT!! mohon restu mereka dulu sebelum nak menghadapi apa jua peperiksaan sementelah driving test skalipun.. Kerana restu mereka amat berguna dan doa mereka amat mujarat... Jangan lupa ye anak2.. haha

10. Bertawakal dan Redha          OK, bile dah nak melangkah je ke dewan peperiksaan, mulalah melangkah dengan kaki kanan, Kiri xboleh.. hahaha... Pastikan anda yakin dengan diri sendiri dan percaya kepada kemampuan diri.. kemudian, bertawakal dan redha je dengan apa kemungkinan... Sambil tu, jerit la dengan suara ala2 upin dan ipin... "SAYA BOLEH","BOETOL3x"

So, inilah sejemput info untuk dikongsi dengan anda.... Jadi, moga kita bersama berjaya dan dapat anugerah semester ini... kalau korang ada idea dan tips yang lain pun leh share gak... Marilah kita melangkah ke dewan exam dengan senyuman melebauuuuu.........

++++++++++++++++++++ CHAIYOK +++++++++++++++++++++

Wednesday, April 14, 2010

Tip berhenti merokok....

hellooooo.........
Dah dapat seru untuk berhenti merokok, tapi tak tahu cam ner nak berhenti...

don't worry babeh, saya akan berikan anda tip2 mudah nak berhenti merokok...
Yang penting.............. DISIPLIN.............
1. Melengah-lengahkan..
          Maknanya, kalau terasa tekak tu nak asap, cuba lengah2kan. Buat lah apa2 kerja yang patut. menyanyi ker? Berpidato ke? main masak-masak ker? tak pun malaskan kaki dan tangan untuk ambil rokok.

2. Tarik Nafas Panjang..
         kalau terasa nak berasap, cuba tarik nafas yang panjang dalam 3 kali ulangan agar oksigen meresap dalam otak kita. jadi ini mampu menghalang perasaan kerinduan kepada si tembakau.

3. Minum Air Putih Secukupnya..
         Ini yang paling mudah. kalau anda terasa seperti mahu merokok, lekas2lah ambil air masak putih didapur dan minum sekerap-kerapnya. Kalau payah sangat minum je air kolah kat bilik mandi tu sampai kembong perut..
4. Sibukkan Diri.
        Walaupun mungkin pada saat itu anda tidak sibuk, namun cuba sibukkan diri dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan ker, buat assignment ker. Tapi, jangan sibuk bergosip pulak yerrrr....

5. Mengelakkan Diri
        Ini lah yang menjadi penyebab kenapa susah bebenor perokok nak berhenti merokok. Jadi kalau boleh cuba elakkan diri dari situasi atau tempat yang boleh mendorong perokok untuk merokok. sebab tu saya cakap tadi, yang pentingg.... DISIPLIN....

6. Mengunyah sesuatu.
       sambil duduk2 tu, eloklah anda mengunyah apa2 benda yang boleh dikunyah seperti chewing gum ke, buah2an, dan sebagainya. Tapi kalau tetap teringat kat si dia tu, anda kunyah je rokok tu.. Pahitttt!!!!!

7. Membasuh Tangan dan Mandi dengan Kerap.
         Ini paling senang, kalau anda terasa nak merokok, basuhlah tangan atau mandi je terus. ini akan membuatkan anda lebih segar dan terus terlupa akan rokok. Masa basuh tangan tu, jangan lupa guna sabun ye, sebab sekarang ni macam2 virus ada. H1N1 la, LIL la.. jadi sambil berhenti merokok dapat juga jaga kebersihan...

8. Meregangkan Otot.
        Kalau terasa nak merokok, buatlah sedikit senaman regangan yang anda mampu. ini akan menyegarkan otot2 anda yang mula lemah dek mahukan belaian rokok. jadi, bila buat regangan otot, badan pun akan segar..

9. Memohon Doa.
       Ini jangan lupa. Kalau macam mana pun ada cuba untuk berhenti merokok, tapi tak berjalan juga. Anda hendaklah sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa. Tak susah pun nak berdoa. Yang tak merokok pun kena selalu berdoa jugak k...

Ha!!!! itu antara TIPs untuk berhenti merokok. Jadi apa lagi, jalankan kerja sekarang.... Semoga anda berjaya!!!!!!!!!!!!!