Wednesday, December 15, 2010

Fast track : nak atau tak?

Salam Semua,
maaf lama tak update blog, sibuk dan sedikit malas. tapi still sempat lawat dan follow anda yang tinggalkan tapak kaki dan kentut kat blog saya ni.. haha.. Tadi petang, saya sempatlah check dekat student portal UiTM tengok2 kalau dapat tawaran sambung belajar ke degree pula atau lebih dikenali sebagai fast track bagi pelajar semester 3 dan alhamdullillah saya dapat tawaran sambung ijazah dalam bidang penyiaran, Tapi taktahu lagi sama ada nak ambil atau tolak.. Memang saya nak sangat sambung dalam bidang penyiaran ni tapi takut pula kalau terkantoi diseparuh jalan. Nanti diploma tak dapat, degree pun keciciran. aduisss, stress2..



kawan-kawan, saya perlu pendapat anda, patut saya teruskan ijazah ini atau habiskan dahulu diploma baru minta ijazah. Tapi, macam mana kalau tiba-tiba lepas diploma saya tak dapat course yang memang saya minat ni.. Lagipun tak ramai yang dapat peluang keemasan macam ni, patut saya tolak dan teruskan dengan pengajian yang ada atau rembat je apa yang dah datang. Apa pendapat anda?? buntulah macam nie... :(

Wednesday, December 8, 2010

INFO: Facebook akan ditutup.


Oh no... Jerit Mak Cik Kiah sebelah rumah bila dia dengar ura-ura mengatakan bahawa ruang sosial facebook akan ditutup penghujung bulan Mei tahun depan. Tapi kenapa sehingga ruang sosial paling popular dunia ini akan dihapuskan di Malaysia. Bila dah heboh isu ni, baru Qarami tulis pasal isu ni sebab mula-mula ingat ianya hanya sekadar khabar angin rekaan Cek Timah dan gayah gendut je. Tapi rupa-rupanya ini isu sebenar yang kian mengular dalam masyarakat. Ada yang bersuara kenapa laman porno tidak ditutup sedangkan ia menjadi alat paling merbahaya merosakkan anak bangsa. Betul jugak tu, bagi Qarami macam tak sesuai lah kalau nak ditutup ruang siber ni sebab masih ada manfaat sebenarnya facebook ni kepada masyarakat.

1) Dapat rapatkan keluarga dan rakan-rakan yang jauh. Serta mudah berhubung dengan wakil rakyat.
2) tambah pendapatan melalui ruang perniagaan internet tanpa perlu membayar sewa.
3) dapat inform rakan-rakan mengenai entri blog yang baru di post.
4) Dapat tahu berita-berita terkini seluruh dunia
5) Pengetahuan akan lebih berkembang dan tidak dibawah tempurung sahaja.
6) Tambah pendapatan dan unjuran ekonomi negara melalui pengendali internet dan siber cafe di Malaysia.

Yang lain-lain anda boleh fikir sendiri. Menurut laporan, facebook mungkin ditutup atas alasan keselamatan. Kalau betul-betul facebook ni umpama bom yang merbahaya. kita redha sajalah ia ditutup. Tapi, sabar-sabar, ini belum keputusan yang pasti lagi . Apa- Apa Mak Cik Kiah, mainlah facebook tu puas-puas, takut tutup betul-betul nanti.


BERTWEET LA PULAK LEPAS NI.

INFO: Ranking Universiti 2010

Salam semua, hari ni Qarami nak kongsi sedikit dengan anda mengenai info kedudukan universiti. Jadi, jom kita semak-semak dan pilih universiti yang mana anda mahu sambung pengajian. Kalau rasa cukup kelayakan apa lagi moh daftar sekarang.... Universiti Gemilang, Pelajar Cemerlang!!!!

SENARAI IPTA DI MALAYSIA

 SENARAI KEDUDUKAN 5 UNIVERSITI DUNIA.
Universiti di Malaysia berada dikedudukan ratus-ratus lebih.. Nanti saya cuba update.

SENARAI KEDUDUKAN 10 UNIVERSITI ASIA

SENARAI KEDUDUKAN 6 UNIVERSITI MALAYSIA DI ASIA
universiti di Malaysia yang lain berada dikedudukan 200 keatas.
 
Jadi kawan-kawan dah fikir ke nak sambung belajar kat mana.? University Cambridge pun ok jugak kan. hehe. kalau rasa diri layak, boleh lah minta tajaan dan mohon belajar kat sana. Tapi Qarami rasa universiti kat Malaysia ni pun dah tip top apa. Bayangkan dalam 12,000 universiti dunia.,Universiti-universiti di Malaysia ni masih berada di bawah tangga yang boleh dibanggakan di dunia.. Bila semak kedudukan universiti di dunia tadi. Qarami terkejut sebab banyak universiti di Israel mendominasi kedudukan teratas.. Aishhh!!!!

QS                         


Masih bangga dengan UiTM!!