Malaysia nampaknya dah tak begitu nak selamat. Rompakkan semakin menjadi-jadi. Sampai tempat tumpuan awam pun mudah benda ni nak berlaku. Aduh! semakin takut rasanya nak keluar sesuka hati. Penjenayah ada kat mana-mana... Macam mana nak capai status negara bebas jenayah macam ni.? Nampaknya pak menteri kena cari alternative baru bagi menangani isu jenayah. Okeyla ni sikit cerita mengenai rompakan di McDonald Puncak Alam baru-baru ni.
Sumber cerita: Gambar McDonald Puncak Alam Kena Rompak | melvister.com
Ini merupakan berita yang menggemparkan dimana insiden berlaku pada pagi 1 Julai 2012. Menurut mangsa, rompakan dilakukan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang dan mereka merampas laptop serta harta benda pelanggan dan juga mesin wang di Mcdonalds.
Penjenayah memakai topi keledar jadi sukar untuk mengenal pasti wajah penjenayah tersebut. Saksi berkata penjenayah menggunakan kereta Proton Satria hitam yang bernombor WHU 3832. Kalau ada ternampak tu sila laporkan segera kepada polis.
2 pelajar perempuan masih trauma akan kejadian rompakan itu. Walau bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan.
Sumber: Gambar McDonald Puncak Alam Kena Rompak | melvister.com
Monday, July 2, 2012
Ucapan Final Exam
Assalammualaikum dan selamat memulakan hari baru dibulan Julai..
Fuhhhhh! kejap gila masa berjalan.. Dalam tak sedar dah separuh tahun kita pergi. Dan beberapa hari lagi sebelum memulakan bulan Ramadan. Mesti ramai yang excited nak berpuasa, ada yg dah mula fikir dah beli makanan dekat bazaar Ramadan.. Hihihi.. makan je yang korang ingat. Tang lain jangan lupa hokey!
Macam biasalah, bila dah hujung2 semester ni apalagi, Qarami sibuk lah dengan final exam. Gila cepat masa berjalan, walaupun dan start peperiksaan tapi baru selesai hantar semua tugasan kursus. lega bila dah selesai semua, baru boleh fikir pasal final exam. Kalau tak duk garu-garu kepala menunggu bila semua kerja nak selesai tapi alhamdullilah semua projek tugasan selesai juga walaupun hasilnya mungkin tak seGAH nama! Haha. Takpe yang penting kita belajar dari pengalaman? tak gitu. Bila buat kerja kursus dalam kumpulan ni macam biasalah mesti ada masalah, yang groupmate nya, dengan kekangan masanya dan dengan masalah kewangan. Rasa nak quit study pun ada. Tapi, tidak semudah itu, bila dah sampai ke tahap ini, kita kena rempuh dan hadapi juga sebarang ombak duri yang mendatang. *skema sungguh ayat*.
Tapi biasalah, semua masalah tu mmg akan ada, mahu tak mahu hadapkan juga. Ragam orang macam2. Walaupun rambut sama hitam tapi perangai lain2. *Yang rambut kaler pink, kuning, cokelet tu camner?*
Apa-apa pun Qarami nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar IPT yang akan ambil exam bulan ni terutama kawan2 dari UiTM. I wish you all the best and good Luck. Lepas ni kita cuti dan berhari raya. *Sambil nyanyi lagu raya anuar zain dengan elina*
Okeyyy! Jumpa lagi.. ByeBye.. ;)
Sunday, May 27, 2012
SAYA DATANG LAGI. MEH LE SINGGAH.!.
Assalamualaikum kenkawang Qarami yang dicinta,
Pheww!! Last update bulan 11 tahun lepas.. sekarang dah bulan 5 tahun 2012..
Minta maaf sesangat dari hujung rambut yang bercabang ini sehingga hujung jari kaki gara-gara dah lama rupanya saya tak hapdate blog yang semakin kusam ni. Bila tengok Nona tadi cerita pasal blog baru teringat dekat pondok buruk ni.. Cepatnya masa berjalan.. Bukan tak nak berborak dekat sini cuma kadang-kadang keadaan terlalu sibuk! (statement ala2 bakal PM).. Okey2 janji pasni saya akan singgah ke semua rumah rakan2.. Buat lawatan mesra gitu..
Pejam celik, pejam celik dah nak dekat separuh tahun dah kita jejak, sampai tak perasan begitu lama dah tinggalkan rumah biru ni. Rasa macam baru semalam tahun baru! Gila rindu dekat korang semua, mesti korang pun sama kan?? ( Ada ke org nak rindu kau Qarami??) Dushh...
Yang penting satu hari ni, nantikan kemunculan saya ke blog2 kalian.. Saya bawak seguni choki-choki untuk dihadiahkan.. HAHA...
CIUM PELUK UNTUK SEMUA...
Tuesday, November 22, 2011
Harimau Muda Baham Garuda di Final Bola Sepak Sukan Sea Indonesia 2011
Saat-saat manis Pasukan Malaysia U-23 meraikan kejayaan meraih pingat emas buat kali kedua di Sukan Sea Indonesia 2011 menentang tuan rumah. |
Maling! Malayshit! Ganyang Malaysia!!.. Itu antara kata-kata nesta yang dituturkan penyokong Indonesia sebelum perlawanan Bola sepak akhir Malaysia menentang Indonesia dalam Sukan Sea ke 26. Segala cacian dan makian itu akhirnya menjadi azimat dan meniup semangat pasukan Harimau Muda bawah 23 tahun kita menyerang sehingga membawa emas dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Nah! Apa lagi yang ingin dikata. Indonesia terkulai layu di tangan Harimau Muda bukan buat pertama kali dalam edisi sukan sea ke 26 ini tetapi buat kedua kali. Meskipun perlawanan berlalu terlalu sengit, namun, Malaysia terlalu gagah untuk dilangkahi. Umpama "Buku bertemu Ruas"
Ada yang berkata ini hanya rezeki dan nasib baik buat Malaysia. Namun, saya menegaskan bahawa ini adalah atas hasil usaha dan keyakinan pemain itu sendiri. Meskipun, kemenangan ditentukan melalui jaringan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1, Namun seharusnya pasukan tuan rumah lebih kehadapan dan berjaya kerana mereka didukung 100,000 penonton dipadang. Terserlah wajah sugul pemain-pemain Indonesia apabila emas yang mereka idamkan selama ini akhirnya digapai oleh Malaysia. Garuda tidak mampu terbang tinggi, sayapnya patah menyembah bumi.
Kesugulan dan kekecewaan pemain tidaklah sehebat penyokong mereka sendiri. Ada yang sehingga meengalirkan air mata dan menggigit jari gara-gara 'ibu emas' yang mereka impikan tidak menjadi kenyataan untuk digenggam. Mereka terdiam kaku dan sekadar mampu menelan dengan pahit kekalahan ini. Segala ego dan kata-kata angkuh selama ini disedut semula bersama angin kekecewaan. Bayangkan, dua kali tewas dan lemas ditangan Malaysia dan tiada mana-mana negara di Asia Tenggara ini yang mampu merobek kegembiraan Indonesia sepanjang acara bola sepak. Indonesia sering kehadapan dan meninggalkan parut buat semua lawannya. Namun, kali ini, mereka terduduk lagi. Kutiplah seberapa banyak emas sekali pun dalam sukan sea ini, namun jika emas dari acara bola sepak tidak digenggam, ianya tidak sempurna! Ibarat lagu tanpa lirik, ibarat lauk tanpa rencah!
Terbukti sudah, arena bola sepak Malaysia berada di landasan tersendiri. Kita berada dikedudukan yang tinggi di Asia Tenggara ini. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Saya sangat tertarik dan kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan pasukan kita, namun, saya lebih junjung dengan kekentalan mental mereka. Menentang dihadapan puluhan ribu penyokong pihak lawan bukan perkara yang mudah. Akhirnya, Harimau Muda membuktikan bahawa mereka mampu beraksi dihadapan musuh tanpa sebarang alasan meskipun perjalanan itu terlalu mencabar dan merbahaya.
Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa bergerak seiring dan serentak bersama pasukan Malaysia dalam memastikan pasukan kita menjadi yang terhebat dan terunggul dirantau ini.!!! Terukan menggarang Harimau Malaya!
MALAYSIA BOLEH!!
HARIMAU MUDA BOLEH!!
Monday, November 21, 2011
"BERSATU DAN BANGKIT" - Sekadar Slogan!
"Bersatu dan Bangkit". Itulah slogan yang dinaungi oleh tuan rumah Indonesia bagi "Sea Games 2011" di Palembang dan Jakarta. Seharusnya slogan yang mantap itu harus disertakan dengan semangat kesukanan yang membara juga, namun kita tertipu dengan perkataan itu yang kononnya untuk menaikkan semangat kesukanan kepada semua atlit dari seluruh negara asia tenggara, namun hakikatnya, slogan itu tak ubah untuk menjatuhkan atlit dan negara kita MALAYSIA. Perbagai aksi dan pelakuan warganegara mereka yang boleh kita lihat dan tatap di akhbar dan media Malaysia. Bagaimana pelakuan dan layanan yang diberi kepada atlit, wakil media, pegawai dan juga penyokong Malaysia yang setia berkampung disana bagi menghidupkan sukan asia tenggara ini. Ada wartawan yang menjadi pelapor bagi setiap edisi sukan Sea menyatakan bahawa ini merupakan penganjuran yang paling teruk sepanjang kareer beliau. Bagaimana seorang wartawan yang dihalang dari melaporkan berita di venue dan bagaimana pula seksanya atlit bola sepak yang terpaksa diangkut dan disumbat ke dalam kereta perisai baraccuda untuk ke stadium. Apakah mentaliti dan tahap pemikiran orang seberang sana? Pastinya berbeza bukan.
Bayangkan disana, rakyat Malaysia seolah-olah berada dikawasan peperangan yang merbahaya sementelah, rakyat mereka di Malaysia bebas bersuka ria, mengutip dan menuai hasil bumi Malaysia untuk disumbat kemulut saudara mara mereka di sana. Kita dengan mudah boleh bertembung dengan kaum mereka di Malaysia dan untungnya rakyat mereka disini berbeza dengan rakyat mereka disana. Mungkin kerana sedar betapa pentingnya Malaysia kepada mereka dalam meneruskan kehidupan. Saya bukanlah terlalu rasicm dalam isu ini, cuma rasanya perlu untuk menulis bagi menyedarkan betapa perasaan kesabaran kita semakin ditekan hanya kerana isu-isu remeh yang tiada faktanya.
"Bersatu dan bangkit". Penyokong dan rakyat Indonesia sanggup menyokong pasukan lawan Malaysia asalkan Malaysia tewas dan dimalukan dikhalayak kontijen negara lain. Sedarkah mereka, tindakkan bodoh ini bukannya memberi kesan kepada negara kita semata namun akan memalit rasa malu kepada mereka sendiri. Bagaimana 10 negara yang lain akan melihat sikap warganegara itu yang nyata tidak suppotif dan hanya bertunjangkan rasa benci dalam arena sukan.
Mungkin persamaan bahasa dan budaya menyebabkan isu ini menjadi makin parah dan Malaysia sememangnya tidak boleh lari dari berentap dengan negara merah putih itu. Saya sejujurnya berasa bangga dengan semangat yang ditonjolkan atlit negara dalam semangat kesukanan ini. Meskipun dihambur dengan cacian dan makian, namun semangat yang ditonjolkan nyata begitu membara. Mereka pejamkan mata dan pekakkan telinga dalam mengail kilauan emas dibumi nan jelas menolak Malaysia.
Media Malaysia juga ternyata tidak terlalu terikut dengan rentak media Indonesia yang jelas menjadi batu api dalam menyemarakkan lagi permusuhan antara dua negara. Sebagai pelajar media, saya melihat, media Indonesia sering kali melanggar etika dalam penulisan dan ini amat berbeza dengan media Malaysia yang masih mengamalkan nilai harmoni dan penulisan yang berbentuk kesepaduan. Jadi, apakah fungsi dan kesan dari aktiviti dan usaha sama penganjuran media Malaysia-Indonesia selama ini?
Sukan Sea Indonesia 2011 akan menutup tirainya beberapa hari lagi, kilauan emas yang diraih atlit negara akhirnya mencapai sasaran dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan dari sukan Bola Sepak yang akan menyaksikan perebutan emas dari Malaysia dan Indonesia. Pertemuan dua negara yang nyata bermusuh dalam ibu segala sukan ini pastikan menjadi topik hangat yang akan diperkatakan sepanjang edisi sukan sea kali ini. Di ruangan laman sosial boleh dilihat segala komen dan pertelingkahan diantara dua buah negara yang jelas menampakkan bola sepak bukanlah satu sukan yang menyatukan negara malah menjadikan parut semakin berdarah. Skuad Malaysia akan menentang Indonesia dalam perebutan meraih medal emas yang selama ini menjadi anganan Indonesia apatah lagi Indonesia sebelum ini menangis malu kerana kalah dalam piala AFF Suzuki dan baru-baru ditambat pula dalam penentuan juara kumpulan A dikandang sendiri, manakala Malaysia mahukan emas itu terus dikalungkan kepada negara kita.
Ternyata semangat yang ditonjolkan anak buah Ong Kim Swee harus di sertakan dengan ucapan tahniah kerana berjaya membawa Malaysia sekali lagi ke pentas Final meskipun melalui liku-liku yang mencabar. Menang atau kalah itu adat permainan, rasanya seluruh rakyat Malaysia sudah berdoa agar pingat emas tetap menjadi milik Malaysia dan andai kalah sekali pun, rakyat Malaysia pasti menerima dengan hati terbuka dan tidaklah sampai membakar bendera pihak lawan atau terpaksa rakyat Indonesia di sini dikawal polis untuk ke tempat kerja atau menaiki baraccuda ketempat projek pembinaan. Itu semestinya tidak akan berlaku disini. Namun, jika Indonesia berputih mata lagi kali ini, ibarat bom atom yang meletus ganas ditengah bandar Jakarta dan pastinya pelbagai cacian dan makian akan terus berlagu disana sini. Masakan tidak, tertampar di kandang sendiri itu lebih menyakitkan dari terduduk dibumi asing.
Usahlah kita terus menghidupkan perasaan benci sesama kita, kerana kita ini datangnya dari bangsa yang sama dan yang paling penting adalah dari agama yang sama. Mohon slogan yang indah dan manis ini akan diserap dengan baik dalam meningkatkan lagi mutu sukan di asia Tenggara selepas ini..
HARIMAU MUDA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!
Wednesday, November 16, 2011
Review Part 1 (Fast track) Broadcasting..
Tahniah saya ucapkan kepada adik-adik semester tiga diploma komunikasi dan media yang menerima tawaran trek pantas ke Ijazah Sarjana Muda (penyiaran) (MC223) UiTM, Shah Alam. Mungkin masih ada yang belum membuat keputusan sama ada ingin menerima atau tidak tawaran ini bukan? Ya! Anda perlukan satu keputusan yang muktamad kerana tindakan ini adalah penentu masa depan anda seterusnya. Saya dahulu pun takut- takut dan was-was untuk menerima tawaran ini, Namun saya cekalkan hati dan meneruskan tawaran dalam pengajian ini. Penulisan kali ini saya sertakan review untuk subjek ini buat pengetahuan anda semua.
Untuk mereka yang menerima tawaran trek pantas bagi program penyiaran, anda
akan memasuki semester satu dengan diberi beberapa pengecualian subjek, disini
saya sertakan kursus-kursus yang dikehendaki buat pelajar semester satu trek
pantas dan review ringkas mengenai subjek tersebut. Semester ini anda hanya
akan mengambil 14 jam kredit sahaja selepas diberi beberapa pengecualian. Kebanyakkan subjek dan kursus masih mengekalkan konsep pembelajaran teori.
SUBJEK YANG AKAN DIPELAJARI
*Wajib diambil
LIB 410 – Psychology (3
JK)
COM 411 – News Writing
and Reporting (3 JK)
COM 412 – Photo communication
(2 JK)
BRO 410 – Principles to
broadcasting (3 JK)
*Pilih satu (1) subjek Minor. (3 JK)
PRO 410- Principle of
Public Relation
ADV 410- Principle of Advertising
CIT 410- Principle of
instructional communicaton
CMP 410- Principle of
communication management
*Subjek dikecualikan.*
- Co-curiculum
- Islamic and asian civilization (CTU)
- Introduction to communication and media studies
1)
Psychology.
Kursus ini sama seperti anda pelajari semasa di semester
tiga diploma. Tiada perbezaan yang ketara seperti yang dipelajari dahulu. Bagi
kerja kursus, anda dikehendaki menyiapkan laporan kajian mengenai perkara yang
berkaitan dengan psikologi. Seperti biasa, masih ada kuiz, ujian pertengahan
dan peperiksaan akhir.
2)
News Writing and Repoting.
Bagi kursus ini anda akan mempelajari teknik- teknik
menulis berita dengan baik dan berkesan. Anda dikehendaki membuat tugasan
didalam kelas setiap minggu, mencari berita melalui akhbar serta menganalisis
berita dan menulis berita mengikut format yang telah dipelajari. Subjek ini
masih mempunyai kuiz, ujian pertengahan dan Ujian akhir. Tiada peperiksaan
akhir bagi subjek ini.
3)
Photo Communication.
Kursus ini masih sama seperti anda pelajari di semester
tiga diploma. Sekurang-kurangnya anda telah mendapat pendedahan mengenai kamera
DSLR semasa pengajian diploma dan anda akan mengguna pakai semula ilmu
terdahulu buat kursus ini. Sekadar ingatan, ingati semula teknik pengambilan
gambar yag dipelajari dahulu, kerana pensyarah mungkin tidak akan mengajar satu
persatu seperti semasa diploma. Tugasannya anda dikehendaki menyiapkan beberapa
keping gambar menyikut tema dan teknik yang akan diberikan pensyarah setiap
minggu dan ada projek final yang akan diberikan. Subjek ini hanya ada kuiz dan
ujian pertengahan mengenai kamera dan teknik- teknik serta projek final. Tiada
peperiksaan akhir.
4)
Principle of Broadcasting and multimedia.
Ini merupakan kursus major dalam program penyiaran. Bagi
kursus ini anda dikehendaki membuat pembentangan kumpulan bagi setiap tajuk dan
menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan penyiaran. Tugasan yang diberikan agak
menarik kerana anda mungkin dikehendaki ke mana-mana stesen penyiaran atau
membuat kajian mengenai industri penyiaran Malaysia. Masih lagi mempunyai kuiz,
ujian pertengahan dan kursus ini ada peperiksaan akhir.
*PILIH SATU SUBJEK MINOR SEPERTI
YANG TELAH DINYATAKAN.
Bagi subjek dalam kursus Minor, saya telah memilih Principle of Public relation (PRO410). Kursus
ini juga tiada banyak bezanya dengan subjek semasa semester tiga diploma
dahulu. Kebanyakkan pensyarah masih menggunakan buku dan silibus yang sama.
Jadi, ia pastinya lebih mudah. Masih lagi memerlukan perbentangan kumpulan bagi
setiap tajuk dan membuat tugasan yang berkaitan dengan perhubungan awam. Mempunyai
Kuiz, Ujian pertengahan dan peperiksaan akhir.
Ini bermakna anda hanya akan mempelajari 5 subjek sahaja setelah diberikan beberapa pengecualian subjek bagi semester ini. Namun, harus diingatkan, setelah berada di semester 3, tiada lagi pengecualian subjek yang akan diberikan.
Buatlah keputusan yang tepat!! Kejayaan sentiasa menanti dihadapan...
Monday, September 26, 2011
Merantau demi ILMU...
Fuhhhyoooooo...
Habuk, sawang semua dah melekat dekat blog kesayangan ni semenjak terbiar lama. Maklumlah, banyak benda yang dibuat sampai lupa dan taktau nak hapted apa dalam ruangan SUARA AKU SUARA KAMU ni.. Macam biasalah bila bermula saja semester baru ni memang kelam kabut. Badan dah ada dekat Shah Alam tapi hati naluri batin roh dan jiwa masih tertinggal dekat rumah. InsyaALLAH taklama lagi sampai lah jiwa itu kesini. Aishhhh!! macam ni la hidup merantau demi ilmu..
Bukannya terlalu manja dengan keluarga atau kata lain, terlalu bergantung dengan keluarga walaupun dah besar panjang tapi suasana bila dekat dengan keluarga tu lain rasanya. Senang hati bila tengok keluarga dan anak didepan mata tapi bila jauh rasa risau dan teringat pula. Come On, bayangkan mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga yang berjauhan, belajar sampai US, UK, Zimbabwe dan seanteronya, dorang relaks je kan? takde pun merungut rungut ni. Sedangkan aku hanya di Shah Alam, jarak perjalanan ke rumah hanya dalam 3jam sajoo..
Lupakan sebentar hal terkenang tanah yang jauh. Memandangkan syawal selama sebulan, memang puaslah Qarami singgah ke rumah terbuka baik rumah kawan2 mahupun rumah terbuka kerajaan serta rumah terbuka parti yang asik membangkang. Dah nama pun rumah terbuka, so, pergi jelah dengan muka yang tak malu. Makanan semua hidang memang banyak dan bermacam-macam, sekarang pula ramai yang buat cara menyediakan gerai-gerai beraneka makanan, jadi senang untuk tetamu pilih je makanan apa yang dorang nak. mcam pick and eat lah gitu! Tapi bukan nak kutuk atau nak banyak songeh cuma kebanyakankan makanan yang dihidangkan memang tak berasa langsung. Manis tidak masin pun tidak!!! erkkk~~ bukan nak banyak komplen tapi rasanya kalau kita sediakan dan hidangkan makanan pada tetamu tu biarlah dengan rasa yang secukupnya. Takkan nak jimat cost pulak kan! hihihi. kadang-kadang pikirkan balik memang bagus buat makanan dengan rasa begitu sebab nanti tetamu yang makan pun ambik sedikit je. Boleh lah berdiet untuk mereka tu! Dengar berita pun Malaysia merupakan negara Asia tenggara yang paling ramai rakyat Obesiti.. Opsss!! takut sebut2 obes nie, nasib baik Qarami kurus melidi.. Makanlah banyak mana pun, tetap sama beratnya. Sampai sekarang pelik dah macam2 ubat ditelannya..
Oklah, now, telah bermula semester baru. Macam biasa azam memang tinggi walaupun mungkin yang lepas ada yang tak capai lagi. Biaslah tu kan! InsyaALLAH matlamat semester ini akan tercapai dengan impian dan harapan yang baru. Tapi sebelum tu nak clorox dulu otak2 yang dah berkarat berlumut dek terbiar lama tanpa disental.. Moga-moga semester ini membawa satu matlamat baru serta impian dan harapan tercapai dengan izinNYA.. AMIN~~
Sebelum tidur minum susu dulu ya anak-anak!! |
Sunday, June 26, 2011
SIHAT: Info SEKS! (mengandungi unsur 18SX)
Nampak tajuk dah macam kontroversi!! Panas sepanas mentari.. Tak pasal pasal Qarami kena cop gila seks pulak kejap lagi sebab entri kita hari ini berkaitan kesihatan iaitu mengenai info yang berhubung kait dengan SEKS!
Hari ini setelah membelek beberapa majalah rumah tangga dan melayari beberapa ruang internet, saya terjumpa mengenai beberapa info mengenai seks yang boleh ditambah kedalam minda kita.. Amboiii!! gatai hang naaa!! mungkin itu kata anda, namun, apalah salah kita menambah pengetahuan.. Tak gitu??? hihihi..
Sebelum tirai kelambu dibuka, sebelum laptop terpadam, sebelum hujan turun lebat dan sebelum berukband terhenti.. Ingin saya pesan bahawa semua info mengenai seks ini adalah sekadar pengetahuan umum yang tidak diketahui ramai orang terutama lelaki.. Jadi eloklah pengetahuan yang kita ada kita kongsi-kongsi... kejap-kejap.. Adik-adik bawah umur sila jangan baca, klik butang X dekat atas penjuru kanan skrin komputer anda...
haah!! tutup mata cenggini, comel sgt!! |
====================================================================
Info Tentang Seks yang ramai tidak tahu:
1) Hubungan seks bukan sekadar kepuasan atau keseronokan semata-mata. Sebenarnya ia merangkumi lebih dari itu. Baik lelaki atau perempuan mereka memerlukan belaian dan perhatian pasangan dan jika sekadar berborak dengan penuh romantis sudah kira keseronokkan dalam perhubungan... (sebab itulah orang kata dari suara turun kehati... Ecehh!!)
2) Didunia, setiap hari lebih 100juta pasangan melakukan hubungan seksual. (Mungkin itu termasuk sekali yang berzina kot!!!)
3) Lelaki yang tidak merokok mampu bertahan lebih lama diranjang berbanding yang merokok. Bahkan mereka yang tidak merokok mencapai kepuasan yang lebih tinggi. (Apa lagi, tinggalkan rokok sekarang)
4) Alat kelamin lelaki boleh bangun 4 hingga 5 kali sewaktu sedang tidur.. (ermmmmm!)
5) Semakin lanjut usia seseorang lelaki, semakin kurang keinginan seks mereka.. (Aikk!! pelik! mcm mana kalau orang tua yang kahwin lagi tu..)
6) Ketika melakukan seks, wanita lebih berfantasi mencapai klimaks berbanding lelaki.
7) Wanita tidak suka jika pasangan beredar atau meninggalkan ruang tidur setelah berlakunya hubungan seksual.. (apalah punya husband cam ni!!)
8) Kecepatan atau ejakulasi pada lelaki rata-rata sekitar 45km/jam. (ushhh!! laju tu)
9) Aktiviti Seks Sihat dapat membantu anda membakar kalori seperti sedang melakukan senaman.. (Boleh kuruskan badan la kiranya ni..)
10) Wanita yang membonceng atau menunggang motorsikal dan menempuh jarak 160km seminggu berisiko mengalami penurunan rangsangan dibahagian intim... (Bahaya Bahaya)
Ini dia antara 10 info buat hari ini. Banyak sebenarnya info mengenai hubungan seksual yang orang kita tak tahu. Rata-rata mengatakan malu untuk ambil tahu. Apa-apa pun dengan kemudahan internet hari ni. Rasanya tak ada masalah untuk kita mencari ilmu tambahan yang lain demi kebaikan.. Qarami pun malu sebenarnya nak post entri ni.. kuikuikuikui!!
Diulang!! entri ini sekadar maklumat yang ingin dikongsi bersama para pembaca sahaja. Banyak lagi sebenarnya tapi tangan ni tak larat nak menaipnya hah!! nanti kendian-kendianlah yer saya post lagi.. Selamat menggali ilmu!!!!
Jauhkan diri dari seks bebas!!! baru hidup sejahtera harmoni..
Subscribe to:
Posts (Atom)