Saat-saat manis Pasukan Malaysia U-23 meraikan kejayaan meraih pingat emas buat kali kedua di Sukan Sea Indonesia 2011 menentang tuan rumah. |
Maling! Malayshit! Ganyang Malaysia!!.. Itu antara kata-kata nesta yang dituturkan penyokong Indonesia sebelum perlawanan Bola sepak akhir Malaysia menentang Indonesia dalam Sukan Sea ke 26. Segala cacian dan makian itu akhirnya menjadi azimat dan meniup semangat pasukan Harimau Muda bawah 23 tahun kita menyerang sehingga membawa emas dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Nah! Apa lagi yang ingin dikata. Indonesia terkulai layu di tangan Harimau Muda bukan buat pertama kali dalam edisi sukan sea ke 26 ini tetapi buat kedua kali. Meskipun perlawanan berlalu terlalu sengit, namun, Malaysia terlalu gagah untuk dilangkahi. Umpama "Buku bertemu Ruas"
Ada yang berkata ini hanya rezeki dan nasib baik buat Malaysia. Namun, saya menegaskan bahawa ini adalah atas hasil usaha dan keyakinan pemain itu sendiri. Meskipun, kemenangan ditentukan melalui jaringan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1, Namun seharusnya pasukan tuan rumah lebih kehadapan dan berjaya kerana mereka didukung 100,000 penonton dipadang. Terserlah wajah sugul pemain-pemain Indonesia apabila emas yang mereka idamkan selama ini akhirnya digapai oleh Malaysia. Garuda tidak mampu terbang tinggi, sayapnya patah menyembah bumi.
Kesugulan dan kekecewaan pemain tidaklah sehebat penyokong mereka sendiri. Ada yang sehingga meengalirkan air mata dan menggigit jari gara-gara 'ibu emas' yang mereka impikan tidak menjadi kenyataan untuk digenggam. Mereka terdiam kaku dan sekadar mampu menelan dengan pahit kekalahan ini. Segala ego dan kata-kata angkuh selama ini disedut semula bersama angin kekecewaan. Bayangkan, dua kali tewas dan lemas ditangan Malaysia dan tiada mana-mana negara di Asia Tenggara ini yang mampu merobek kegembiraan Indonesia sepanjang acara bola sepak. Indonesia sering kehadapan dan meninggalkan parut buat semua lawannya. Namun, kali ini, mereka terduduk lagi. Kutiplah seberapa banyak emas sekali pun dalam sukan sea ini, namun jika emas dari acara bola sepak tidak digenggam, ianya tidak sempurna! Ibarat lagu tanpa lirik, ibarat lauk tanpa rencah!
Terbukti sudah, arena bola sepak Malaysia berada di landasan tersendiri. Kita berada dikedudukan yang tinggi di Asia Tenggara ini. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Saya sangat tertarik dan kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan pasukan kita, namun, saya lebih junjung dengan kekentalan mental mereka. Menentang dihadapan puluhan ribu penyokong pihak lawan bukan perkara yang mudah. Akhirnya, Harimau Muda membuktikan bahawa mereka mampu beraksi dihadapan musuh tanpa sebarang alasan meskipun perjalanan itu terlalu mencabar dan merbahaya.
Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa bergerak seiring dan serentak bersama pasukan Malaysia dalam memastikan pasukan kita menjadi yang terhebat dan terunggul dirantau ini.!!! Terukan menggarang Harimau Malaya!
MALAYSIA BOLEH!!
HARIMAU MUDA BOLEH!!