Monday, May 3, 2010

kemasukan ke IPTA.

helloooo.....
teringatlah pulak pasal keputusan kemasukan ke IPTA yang telah diumumkan...
amacam kepada anda yang mungkin lepasan SPM mahupun STPM...
dah semak nama anda??
manalah tahu rezeki anda dapat belajar kat IPTA.
jom semak (klik link di bawah) ini....

SEMAKAN KE IPTA.

hah!!!
yeahhhhh.... dapat peluang ke IPTA, Alhamdullilah
apa!!!
tak dapat??? 
jangan bermasam muka, atau bermuram durjana
jangan anggap diri anda tidak berguna atau jangan anda rasa terlalu lemah.
sebab banyak lagi peluang yang terbentang didepan mata anda untuk sambung pelajaran lagi sebenarnya.
cuma, mahu atau tidak???
sebab sekarang ni ada banyak peluang untuk belajar.
cuma pilih jer nak kemana...
politeknik ada, kolej swasta pun ada,
yang penting semangat untuk belajar itu sebenarnya...

bila cerita pasal sambung belajar ni, teringat pulak masa zaman2 sekolah dahulu, 
cikgu2 saya ni suka tanya kat murid2 dia, nak belajar apa lepas abis sekolah
lalu saya pun katalah;
"mass comm cikgu"
ada yang memberi semangat,
"erm bagus, cikgu tengok awak ni pun ada bakat untuk sambung belajar course tu"
"saya rasa awak patut mohon mass comm"
"mass comm mungkin sesuai dengan awak"

ada juga yang beri sindiran, 
"kamu nak keje apa kalau masuk mass comm"
"ishhhh!!! tak yah mass comm, budak dia ramai jahat sosial"
"fikirkan masa depan kamu, jangan pilih yang suka2 aja"


tapi, saya palingkan telinga, saya kejamkan mata, saya tutup pusat
saya mohon juga course ni,
dan alhamdulillah, dapat jugak peluang sambung belajar kat sini..
apa lagi, gembira bukan main lah..
inilah pilihan saya semenjak tingkatan 3 lagi.
jadi saya tak rasa menyesal pun pilih course ini.


yang sedih tu, bila ada kawan yang mohon lain tapi dapat lain,
bila mula pengajian, tergaru-garu kepala,
katanya terpaksa belajar sebab dah tak de peluang lain
kesiaannn..
tapi itulah hakikat, selagi ada peluang belajar ni, teruskan belajar.
sebab rezeki manusia kita tak tahu...


so, adik-adik semua, jangan bersedih sedih,
tetapkan matlamat dan mulakan dgn azam yang baru..


good luck!!!!