Monday, November 29, 2010

contest gambar kenangan sekolah dulu2

klik sini kalau nak join   
Masa tengah BW tadi, ternampak lah pulak contest yang dianjurkan cik Ida kita nie, so, memandangkan malam ni terasa free sikit. Saya pun merajinkan diri menyertai contest ni dan tulis sikit entri pasal gambar kenangan kat sekolah dulu. Gambar atas ni, gambar cik Ida masa muda-muda kat sekolah dulu. Amacam, menawan tak? Kalau korang nak join pun boleh. Klik je kat link yang disediakan kat atas tu..
Oklah sekarang saya nak tunjuk pula gambar kenangan masa zaman sekolah saya dulu..

-
--
----
-----

berdiri atas, dua dari kiri tu QARAMI

 Gambar ni masa saya form 5 tahun 2008. Masa ni tengah muda lagi, muka nampak suci jer. Masih kurus dan kecik je orangnya. Bila tengok gambar ni rasa teringat dekat kawan-kawan lama di sekolah. Sekarang masing-masing dah bawa laluan sendiri mengejar cita cita. Rindu kat diorang semua. Sebab rindu dan teringat kenangan indah sebagai pelajar sekolah, sebab tu la Qarami join contest nie.

Qarami dulu sekolah menengah kat ....
SMK SERI MAHKOTA, UMBAI, MELAKA
 The best school in my life.. Tak akan lupakan kenangan dekat sini. Harap-harap Qarami menang contest ni. Lagi pulak ni first time Qarami join contest. hehehe.. Kalau anda nak join dan tunjukkan gambar kenangan masa sekolah bole je klik sini dan tarikh tutup contest ni sebelum 11/01/2011. Lama lagi tu, so, jom kongsi cerita.

kenangan sekolah paling terindah

Friday, November 26, 2010

Emak kucing itu menangis..

sekadar gambar hiasan.


Tadi baru saja saya mengkebumikan seekor anak kucing. Comel. Baru beberapa minggu dilahirkan. Warna dia belang belang kelabu. Sangat comel. Kalau ikutkan saya baru sahaja mahu mengambil dia sebagai anak angkat tapi sayang petang tadi anak kucing itu mati tanpa diketahui sebab.

Yang membuatkan saya menulis entri ini apabila melihat reaksi emak kucing tu. Bayangkan selama ini, emaknya tak pernah nak renggang dengan anak dia yang comel tu. Selalunya, bila saya nak ambil, pasti ngauman garang yang diberi ibunya tapi tadi ngauman dan reaksi marah itu tak ada lagi. Sebaliknya masa saya mahu ambil dan menanam bangkai anak kucing tu, mak dia hanya memejamkan mata dan bangun berlalu dari kotak itu. Seperti memahami. Nampak wajahnya sedih. Bila nampak reaksi tu baru saya faham kucing pun ada perasaan.

Selesai menanam bangkai anak kucing itu, saya pun cari lah emak kucing tersebut dan lihat wajahnya yang comel itu. Terkejut saya apabila melihat ada air mata mengalir dikelopak matanya yang besar. Sangat sedih saat itu okeh.
Tak boleh dibayangkan betapa sentapnya perasaan saya sebagai manusia.
Ya ALLAH, saya terfikir. Macam manalah hati manusia yang sanggup buang anak. Tak rasa sedih dan berdosa kah mereka sedangkan haiwan yang tidak mampu berfikir punya perasaan begitu kasih akan anak mereka. Situasi tadi membuatkan saya merenung dan memuhasabah diri..

Patutlah ada ayat sindiran yang berbunyi.
"sifat manusia ada pada binatang, dan sifat binatang ada pada manusia"

Monday, November 8, 2010

Aku Mahu Kesana ??

Mesti semua ada impian nak menziarah dan melancong ke luar negara kan??
hahhhh!!! jangan tipu, saya tahu perasaan anda sebab saya pun sama jugak.. haha..
okeh okeh, dekat sini saya nak nyatakan lima negara dan tempat yang saya nak singgah. Opss, bukan sekarang, mungkin kendian kendian nanti, bila duit dah beranak dalam dompet dan mula mengalir dengan derasnya.


negara pertama
-HAWAII..
wow!! hawaii ni sangat cantik okeh, kalau saya berbulan madu nanti, cari lah saya kat sini.
kalau saya merajuk dengan anda pun, mesti saya lari kat sini. Hawaii ni merupakan antara tempat yang paling indah dan sesuai untuk menenangkan diri jika berduka lara. Teringin mahu kesini. Kalaulah dapat kan??


Negara kedua
-Dubai.
Dubai, yaaa betul. Bayangkan kawasan sekeliling bumi arab ni sangat cepat maju dan membangun. tambah pulak dengan pembinaan bangunan tertinggi dunia mereka itu Burj Dubai. Cepat sungguh melonjak kegemilangan dubai ni. Bila tilik tilik pasal Dubai ni terus terasa untuk kesana. Sebab sekarang Dubai memang sangat cantik dan menarik. Jom lah kita kesana....

Negara ketiga
-Paris
Digelar The Romantic City dan jadi tempat kebanyakkan orang pergi honeymoon. Kalau anda baca pasal bandar Paris ni mesti teruja untuk jejakkan kaki kat sana. Paris ni banyak tinggalan sejarah tapi masih nampak moden. Sangat sweet kat Paris ni.. Tengok gambar je dah melonjak lonjak semangat nak terbang ke sana. Namun ini mungkin hanya impian yang tak sudah. haha


Negara keempat
-Tokyo
Tokyo ni merupakan bandar yang sangat moden dan dengar katanya masyarakat diorang kat situ pun sangat berhemah dan bersahsiah.. Itu sebablah saya bersemnagat untuk melawat Tokyo. Nampaknya, kalau mahu ke sana kena belajar bahasa Jepun lah dulu.. ;)


Negara kelima
-Los Angeles.
 Los Angeles, jangan jeles.. haha
Bandar ni dalam negara US juga sama macam Hawaii. Tapi Los Angeles lebih terkenal dengan seni filem dan sebagainya. Bandar ni sangat popular dalam kalangan orang kebanyakan dan VVIP terutama artis2 hollywood. Los Angeles pun merupakan bandar kat US yang paling ramai pengunjung. Hasil kajian saya, kajian ya.. Kalau nak kesini pastikan duit dalam dompet anda itu sampai keluar dari poket sebab tak muat. Everything expensive!! Tapi saya nak kesana jugak.. Kalau ada rezeki Los Angeles tunggu saya okeh..



Ambik kau, itu dia lima negara dan bandar yang saya nak kunjung. Sekarang ini saya hanya mampu berkunjung melalui mata sahaja. Kalau duit dah beranak nanti sampai la kot. kehkehkeh..
Dihitung kira dan ditolak tambah banyak lagi tempat menarik yang saya nak pergi sebab saya ni jenis yang sangat suka travel dan mencari ketenangan kat tempat lain.. Jauh perjalanan luas pengalaman. Buat masa sekarang hanya bandar ini sahaja yang menjadi tempat berkunjung saya.... iaituuuu.....


KUALA LUMPUR MALAYSIA
Kuala Lumpur pun okeh apa. Indah permai. Takyah nak tunggu duit beranak pun dah boleh round satu KL ni... hahaha
okeh, apa pulak destinasi impian anda??

imej: google.com

Malaysia pun banyak lagi tempat menarik yang belum dijejak lagi.

Lapan Ragam Kawan Kawan

Dah pagi dah pun, tapi mata still tak boleh pejam. Mungkin sebab tadi puas sangat tidur setelah berjaga mentelaah pelajaran semalamanya. Jadi, bila dah habis je jawab exam tu apa lagi. Balas tidur la.. haha.. Tengah-tengah berangan tiba tiba teringat pula tentang ragam sesetengah rakan yang saya kenal. So, saya berjaya menganalisis 8 jenis ragam atau perangai manusia hari ini.. Ini kira not academic research la. 
hehe...



RAGAM 1: 
-Nak cepat glamer.
Ada rakan yang jenis nak cepat glamer dan sanggup buat apa je untuk capai cita cita dorang mestipun terpaksa menggunakan publisiti murahan. Orang macam ni kena berhati hati sebab diaorang ni sanggup buat apa sahaja asalkan orang sekeliling mereka perasan kewujudannya. Macam attention seeker. Kadang kadang dorang ni hanya nak bergaul dengan orang yang glamer sahaja. Nak curi aura katanya. Helo, biarlah kau terkenal dengan cara sendiri ye...

RAGAM 2:
-Kuat sentap @ sensitif.
sikit-sikit nak terasa, tak boleh bergurau langsung, mulalah nak tarik muka. Aishh, susah...

RAGAM 3:
-pentingkan diri.
Ni lagi satu, ada yang bila susah bukan main lagi minta tolong. Merayu-rayu tapi bila dah senang atau dalam keadaan yang senang, mulalah lupa diri. Pandang sebelah mata je. Lepas tu, hanya suka fikirkan pasal diri sendiri saja. Semua nak utamakan diri sendiri. Yang penting biar dia sorang je happy bahagia. Kawan2 yang lain lantaklah, buat tak tahu. Ishh,  aku cukup anti orang camni.

RAGAM 4:
-suka berhutang tapi buat buat lupa.
Ni lagi satu jenis rakan yang aku kenal. Ni lebih kurang sepupu sepapat ragam tiga juga. Iaitu suka berhutang. Masa nak pinjam, bukan main berjanji. "Kejap lagi, lepas cocok duit aku bayar" "esok mak aku masuk duit aku bayar". Tapi lepas tu buat tak tahu je.. Aku ni kalau bab bab nak kutip hutang memang malulah, orang yang berhutang pula rasa tak malu.. PELIK PELIK...

RAGAM 5:
-Talam dua tiga muka.
kalau kuih talam tu sedap lah jugak, ni kalau perangai talam dua muka, memang tak cantik la kan. Depan kita bukan main baikkkk lagi, belakang kita potpet potpet cerita buruk pasal kita rupanya. Habis semua cerita nak bagitau orang lain. Mulut mereka pulak nauzubillah, macam bertih goreng masak pakai kuali.
Hidup penuh plastik...

RAGAM 6:
-Lambat bertindak.
Ni tak tahu nak kelaskan macam mana, tapi orang macam ni pun ada. Hidup kat univ kena cepat bergerak dan sentiasa alert. Tak boleh nak harapkan orang lain je. Tapi ada juga jenis yang lambat dan tak tahu apa apa maklumat lalu membuat muka ketidaktahuan mereka. Bila suruh baru nak gerak..
arggghhh, geram...

RAGAM 7:
-perasan cantik.
Hahahaha.. Ramai sgt ya kawan kawan aku yang begini. Perasan cantik. Rasa macam ala ala miss world. Tahulah bila masuk dalam course ni sume nak nampak dan tunjuk cantik tapi takperlulah keterlaluan. Nampak pelik dan tak pasal pasal kena kutuk lagi adalah..kalau rasa diri tu cantik sangat, betulkan dulu akhlak tu. kau ingat kau sorang je ke yang cantik hensem. Ramai lagi kat luar sana ya...

RAGAM 8:
-Perkauman.
Ni perkauman dalam kalangan darjat darjat ye. Serius, tak tipu. Masih ada golongan sebegitu. Yang anak kaya, duduk sekelompok dorang, yang kampung duduk sekelompok diaorang. Susah nak ngam kalau lain lain tahap. Aisshhh.. kat sekolah dulu tak derla pulak jenis camni, kat Universiti baru nampak. Sangat tak matang pemikiran hangpa ni.. Macam mana lah bangsa sendiri nak unite...

Itu antara 8 ragam yang sempat dirakamkan. Sebenarnya banyak lagi cuma tak sempat nak taip jer. Nanti takut anda muntah2 pulak baca. So, biarlah saya post sikit sikit.. Yeah, kita manusia banyak kelemahan termasuk saya. Cuma nota ini sekadar meluahkan pandangan saya sahaja..
ragam dan analisi yang lain akan dipost kemudian

sumber imej : google.com

Manusia itu tidak sempurna sikapnya..