Saturday, June 18, 2011

Nasib Nasib...!!


ASSALAMMUALAIKUM

Apa khabar semua rakan blogger yg dikasihi.. Syukur masih diberi peluang menghidu udara segar di dunia ini. Sebelum ni agak sibuk sebab Qarami kerja part time cuti semester ni di panggung wayang. So now, dah cuti dua bulan sebab accident jalan raya.. Apa??? ishh, tak cedera teruk pun. Cuma patah tulang selangka, tulang diantara bahu ni je. Sakit sikit je. macam kena gigit semut api...



Nasib Nasib!!!
kalau tahu nak ditimpa malang, Qarami tak pergi kerja haritu. Tak pun tengok je cerita KL  Gangster sampai lewat malam (bangga tgk filem melayu penuh setiap show)... Apa nak buat, dah nasib??

Nasib Nasib!!!
Orang yang langgar tu pun taknak bertanggungjawab walaupun hakikatnya ternyata dia memang bersalah, keluar dari simpang tanpa berhenti dahulu. Dah la tu, road tax dan insurance pun tak ada. Kita juga yang tanggung derita.

Nasib Nasib!!!
Ingat kerja part time cuti semester ni nak tolong mak bapak kumpul duit untuk tanggung pembelanjaan semester depan tapi ini yang dapat.. Pening kepala ni hah!!

Tengah tengah sedih mengenang nasib. Tiba-tiba result exam keluar pulak. Alhamdullilah, bila tengok results kurang sikit beban sakit ni.. Syukur!!. Segalanya tercapai dan berbaloi dengan usaha.




nampaknya lepas ni Qarami kena menatap rumah kesayangan ni jela.... takut pulak nanti karang ada orang yang tak diundang, masuk sambil tinggal nota wish moga cepat sembuh pulak... Bahaya alam maya sekarang ni.. Pastikan anda semua ketatkan security blog anda!! dan cari info2 berguna untuk melindungi privasi internet. oklah, sekian.. lenguh tangan ni hah menaip.. nak lawat blog kengkawan pulak...


setiap kejadian ada hikmahnya...




3 comments:

Sobrina said...

congratulationssssss! bukan sebab patah tulang. tapi sbb DL :)

Kabutar Diesel said...

salam:jika sekiranya kemalangan itu berlaku semasa atau ketika dalam perjalanan balik dari kerja maka tuan bolehla buat tuntutan dengan pihak perkeso!dan sekiranya pihak majikan tidak mencaruam tuan/puan pada pihak perkeso pihak tyuan/puan bolehla membuat aduan di pejabat perkeso terdekat!sayugia dingatkan bagi pekerja full time or partime mereka layak dilindungi perkeso..dan jika sekiranya tuan/puan tidak arif berkenaan cara2 tuntutan maka sila la ke pejabat perkeso terdekat atau jenguk la ke blog saya ada diajar cara2 nya.tq

ugly duck said...

salam.saya baru je excident semalam.saya pom mengalami kecederaan yang lebih kurang sama.berapa lama masa untuk sembuh dan boleh bawa motor balik?