Thursday, January 6, 2011

Welcome to UiTM Shah Alam. PART1.1

Semangat nak berblog walking malam ni tetiba hancus plak bila tengok sambungan internet berukband ni sgt lembab dan slow gara-gara overlimit. Takpaham betul. Apasal asik overlimit je, padahal boleh kira berapa kali saya download lagu dan kebanyakkannya hanya untuk berfacebook dan baca akhbar online. Potong stim semangat nak berblogging malam ni. Tapi saya tetap bersemangat nak tulis entri mengenai perjalanan cerita saya di UiTM Shah Alam ni.



Okeh, Qarami telah mendaftar dengan kelas MC23S1B dan dengan penuh rasa tak sukanya telah dilantik menjadi Classrep. Classrep ini macam ketua kelas, mengurus hal-hal kelas. Cadangan ni datang dari budak2 kelas dan amat disetujui oleh Prof Dr yang ajar subjek Broadcast. Aduiss, saya memang taknak sebab bukan senang nak uruskan hal kelas dan mereka2 ni. Maklumlah, setiap orang ada macam2 ragam tapi nampaknya macam memang kena jadi juga classrep. Harap2 mereka semua bagi kerjasama yang baik. Kalau tak On the spot saya letak jawatan. Pehh!! Siap bagi amaran awal2 dulu. Haha.. Biar budak2 kelas rasa cuak..



Lepas tu, saya dengan gigihnya berjalan kaki pula ke Fakulti di atas bukit sana untuk berjumpa dengan ketua program, nak minta cop pengesahan sebab memang dah tak sempat nak balik kampung minta cop dari penghulu. Jadi, ketua programlah yang menjadi mangsa. Yang kelakar tu bila ketua program kata, saya macam budak umur 12 tahun yang smbung degree. Adehh, tergelak kejap. Terasa muda disitu.. Balik bilik terus tengok cermin nak pastikan betul ke kenyataan tu.. haha.. Ada kebenaran rupanya..



Kemudian saya dengan kawan dari utara ni pun naik lah bas untuk pulang ke Kolej Kediaman. Sesak betul bas petang tu. Semua sibuk nak balik ke rumah. Jadi masa saya naik bas tu, sempatlah mengumpat dengan kawan pasal seorang lelaki yang sangat over kat ruang depan bas.. Tengah saya berbisik-bisik dengan kawan sama course ni dalam posisi berdiri sambil tangan memegang tiang bas, tiba-tiba bas bergerak tanpa memberi isyarat terlebih dahulu. Apalagi, dengan secara TAK SENGAJA saya termelatah. Kuat pula tu.. Nasib baik tak terkeluar pasal umpatan kami tadi. Satu bas tengok ke arah Qarami dan tergelak. Peh malu gila, rasa macam nak turun je dari bas tu. Tapi memandangkan keadaan sangat sesak jadi buat bodoh jelah sambil muka buat tak tahu. Sampai sekarang kejadian memalukan itu bermain-main dalam ingatan ni. Hahaha. Padahal, sebelum ni tak pernah melatah pun. Tiba-tiba pulak.. :-p  Lepas ni Qarami kena hati-hati agar sejarah buruk itu tidak mungkin berulang lagi..




Pak Cik Tak ada penyakit melatah okeh.



Wednesday, January 5, 2011

Welcome to UiTM Shah Alam. PART1

Assalammualaikum semua,
aduh, lama kot Qarami tak update blog ni. Maklumlah agak sibuk kebelakangan dan kedepangan ini..
Tapi, saya sempat jugak singgah blog kawan2 yang tinggal jejak kat pondok buruk saya ni. Setelah berminggu memikirkan keputusan sama ada nak ambil atau tak tawaran penerapan pelajar diploma ke degree. Akhirnya, dengan kuasa Allah, saya terima tawaran ke UiTM Shah Alam ni, sambung dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran. Jadi pada, 2 Januari haritu saya mendaftar kolej di UiTM..



Fuhh, punyalah sesak jalan kat sini. Ni adalah first time saya sampai ke UiTM Shah Alam. Sebelum buat permohonan kolej kediaman, dah sesat dah dalam UiTM ni, dengan jem teruknya. Kereta kiri kanan.. Mahu gugur jantung bila lalu berselisih dengan kereta lain. Jadi jakun sekejap tengok punyalah besar UiTM Shah Alam ni. Beribu ribu umat manusia menuntut ilmu kat sini. Jadi tempat anak melayu untuk maju..


Alhamdullilah, dapat kolej kediaman jugak.. Memang tiptop kolej dia walaupun diluar kampus. Pemandangan live view Masjid Shah Alam yang besar tu.. Cantik terutama bila senja dan subuh.. Ok, kolej kediaman kat luar, so bila nak pergi kelas kenalah naik bas tunggu kat bas stop. Bayangkan, last saya naik bas pun masa tingkatan 3 dan akhirnya kena naik bas semula. Berimpit dan berasak sebab penuh. Peluh berjurai-jurai, nasib baik tak ada gangguan seksual kepada saya buat masa ni. haha.. Bukan tu jer cabaran yang ada, saya juga kena carik kelas sendiri semua, gigih lah panjat tangga fakulti sana sini nak carik kelas. Lepas tu, hari pertama kuliah salah naik bas pula masa nak ke menara lama SAAS. Pusing satu UiTM lagi sebab tak tau kat mana nak turun. haha. Bak kata sorang kawan ni, "campus tour la kita". Tapi, tu memang kenangan terbaiklah buat masa ni..

Apa-apa pun Qarami harap keputusan terima tawaran ni memang terbaik dan membawa perubahan satu hari nanti. InsyaALLAH segala-galanya akan berjalan lancar. Esok, klass cancel. Nak round satu kampus lagi.. Nak hafal jalan-jalan kat sini semua. Setiap inci akan ku teroka.. Nanti saya akan update lagi apa-apa pengalaman pertama yang menarik mengenai UiTM Shah Alam ni ok. Sebab banyak sangat yang saya nak share sebenarnya.. Tungguuuuu......



Bangga belajar di UiTM