Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Baham Garuda di Final Bola Sepak Sukan Sea Indonesia 2011

Saat-saat manis Pasukan Malaysia U-23 meraikan kejayaan meraih pingat emas buat kali kedua di Sukan Sea Indonesia 2011 menentang tuan rumah.


Maling! Malayshit! Ganyang Malaysia!!.. Itu antara kata-kata nesta yang dituturkan penyokong Indonesia sebelum perlawanan Bola sepak akhir Malaysia menentang Indonesia dalam Sukan Sea ke 26. Segala cacian dan makian itu akhirnya menjadi azimat dan meniup semangat pasukan Harimau Muda bawah 23 tahun kita menyerang sehingga membawa emas dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Nah! Apa lagi yang ingin dikata. Indonesia terkulai layu di tangan Harimau Muda bukan buat pertama kali dalam edisi sukan sea ke 26 ini tetapi buat kedua kali. Meskipun perlawanan berlalu terlalu sengit, namun, Malaysia terlalu gagah untuk dilangkahi. Umpama "Buku bertemu Ruas"

Ada yang berkata ini hanya rezeki dan nasib baik buat Malaysia. Namun, saya menegaskan bahawa ini adalah atas hasil usaha dan keyakinan pemain itu sendiri. Meskipun, kemenangan ditentukan melalui jaringan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1, Namun seharusnya pasukan tuan rumah lebih kehadapan dan berjaya kerana mereka didukung 100,000 penonton dipadang. Terserlah wajah sugul pemain-pemain Indonesia apabila emas yang mereka idamkan selama ini akhirnya digapai oleh Malaysia. Garuda tidak mampu terbang tinggi, sayapnya patah menyembah bumi.

Kesugulan dan kekecewaan pemain tidaklah sehebat penyokong mereka sendiri. Ada yang sehingga meengalirkan air mata dan menggigit jari gara-gara 'ibu emas' yang mereka impikan tidak menjadi kenyataan untuk digenggam. Mereka terdiam kaku dan sekadar mampu menelan dengan pahit kekalahan ini. Segala ego dan kata-kata angkuh selama ini disedut semula bersama angin kekecewaan. Bayangkan, dua kali tewas dan lemas ditangan Malaysia dan tiada mana-mana negara di Asia Tenggara ini yang mampu merobek kegembiraan Indonesia sepanjang acara bola sepak. Indonesia sering kehadapan dan meninggalkan parut buat semua lawannya. Namun, kali ini, mereka terduduk lagi. Kutiplah seberapa banyak emas sekali pun dalam sukan sea ini, namun jika emas dari acara bola sepak tidak digenggam, ianya tidak sempurna! Ibarat lagu tanpa lirik, ibarat lauk tanpa rencah!

Terbukti sudah, arena bola sepak Malaysia berada di landasan tersendiri. Kita berada dikedudukan yang tinggi di Asia Tenggara ini. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Saya sangat tertarik dan kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan pasukan kita, namun, saya lebih junjung dengan kekentalan mental mereka. Menentang dihadapan puluhan ribu penyokong pihak lawan bukan perkara yang mudah. Akhirnya, Harimau Muda membuktikan bahawa mereka mampu beraksi dihadapan musuh tanpa sebarang alasan meskipun perjalanan itu terlalu mencabar dan merbahaya.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa bergerak seiring dan serentak bersama pasukan Malaysia dalam memastikan pasukan kita menjadi yang terhebat dan terunggul dirantau ini.!!! Terukan menggarang Harimau Malaya!

MALAYSIA BOLEH!!
HARIMAU MUDA BOLEH!!

Monday, November 21, 2011

"BERSATU DAN BANGKIT" - Sekadar Slogan!



"Bersatu dan Bangkit". Itulah slogan yang dinaungi oleh tuan rumah Indonesia bagi "Sea Games 2011" di Palembang dan Jakarta. Seharusnya slogan yang mantap itu harus disertakan dengan semangat kesukanan yang membara juga, namun kita tertipu dengan perkataan itu yang kononnya untuk menaikkan semangat kesukanan kepada semua atlit dari seluruh negara asia tenggara, namun hakikatnya, slogan itu tak ubah untuk menjatuhkan atlit dan negara kita MALAYSIA. Perbagai aksi dan pelakuan warganegara mereka yang boleh kita lihat dan tatap di akhbar dan media Malaysia. Bagaimana pelakuan dan layanan yang diberi kepada atlit, wakil media, pegawai dan juga penyokong Malaysia yang setia berkampung disana bagi menghidupkan sukan asia tenggara ini. Ada wartawan yang menjadi pelapor bagi setiap edisi sukan Sea menyatakan bahawa ini merupakan penganjuran yang paling teruk sepanjang kareer beliau. Bagaimana seorang wartawan yang dihalang dari melaporkan berita di venue dan bagaimana pula seksanya atlit bola sepak yang terpaksa diangkut dan disumbat ke dalam kereta perisai baraccuda untuk ke stadium. Apakah mentaliti dan tahap pemikiran orang seberang sana? Pastinya berbeza bukan. 

Bayangkan disana, rakyat Malaysia seolah-olah berada dikawasan peperangan yang merbahaya sementelah, rakyat mereka di Malaysia bebas bersuka ria, mengutip dan menuai hasil bumi Malaysia untuk disumbat kemulut saudara mara mereka di sana. Kita dengan mudah boleh bertembung dengan kaum mereka di Malaysia dan untungnya rakyat mereka disini berbeza dengan rakyat mereka disana. Mungkin kerana sedar betapa pentingnya Malaysia kepada mereka dalam meneruskan kehidupan. Saya bukanlah terlalu rasicm dalam isu ini, cuma rasanya perlu untuk menulis bagi menyedarkan betapa perasaan kesabaran kita semakin ditekan hanya kerana isu-isu remeh yang tiada faktanya.

"Bersatu dan bangkit". Penyokong dan rakyat Indonesia sanggup menyokong pasukan lawan Malaysia asalkan Malaysia tewas dan dimalukan dikhalayak kontijen negara lain. Sedarkah mereka, tindakkan bodoh ini bukannya memberi kesan kepada negara kita semata namun akan memalit rasa malu kepada mereka sendiri. Bagaimana 10 negara yang lain akan melihat sikap warganegara itu yang nyata tidak suppotif dan hanya bertunjangkan rasa benci dalam arena sukan.

Mungkin persamaan bahasa dan budaya menyebabkan isu ini menjadi makin parah dan Malaysia sememangnya tidak boleh lari dari berentap dengan negara merah putih itu. Saya sejujurnya berasa bangga dengan semangat yang ditonjolkan atlit negara dalam semangat kesukanan ini. Meskipun dihambur dengan cacian dan makian, namun semangat yang ditonjolkan nyata begitu membara. Mereka pejamkan mata dan pekakkan telinga dalam mengail kilauan emas dibumi nan jelas menolak Malaysia. 

Media Malaysia juga ternyata tidak terlalu terikut dengan rentak media Indonesia yang jelas menjadi batu api dalam menyemarakkan lagi permusuhan antara dua negara. Sebagai pelajar media, saya melihat, media Indonesia sering kali melanggar etika dalam penulisan dan ini amat berbeza dengan media Malaysia yang masih mengamalkan nilai harmoni dan penulisan yang berbentuk kesepaduan. Jadi, apakah fungsi dan kesan dari aktiviti dan usaha sama penganjuran media Malaysia-Indonesia selama ini?

Sukan Sea Indonesia 2011 akan menutup tirainya beberapa hari lagi, kilauan emas yang diraih atlit negara akhirnya mencapai sasaran dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan dari sukan Bola Sepak yang akan menyaksikan perebutan emas dari Malaysia dan Indonesia. Pertemuan dua negara yang nyata bermusuh dalam ibu segala sukan ini pastikan menjadi topik hangat yang akan diperkatakan sepanjang edisi sukan sea kali ini. Di ruangan laman sosial boleh dilihat segala komen dan pertelingkahan diantara dua buah negara yang jelas menampakkan bola sepak bukanlah satu sukan yang menyatukan negara malah menjadikan parut semakin berdarah. Skuad Malaysia akan menentang Indonesia dalam perebutan meraih medal emas yang selama ini menjadi anganan Indonesia apatah lagi Indonesia sebelum ini menangis malu kerana kalah dalam piala AFF Suzuki dan baru-baru ditambat pula dalam penentuan juara kumpulan A dikandang sendiri, manakala Malaysia mahukan emas itu terus dikalungkan kepada negara kita. 

Ternyata semangat yang ditonjolkan anak buah Ong Kim Swee harus di sertakan dengan ucapan tahniah kerana berjaya membawa Malaysia sekali lagi ke pentas Final meskipun melalui liku-liku yang mencabar. Menang atau kalah itu adat permainan, rasanya seluruh rakyat Malaysia sudah berdoa agar pingat emas tetap menjadi milik Malaysia dan andai kalah sekali pun, rakyat Malaysia pasti menerima dengan hati terbuka dan tidaklah sampai membakar bendera pihak lawan atau terpaksa rakyat Indonesia di sini dikawal polis untuk ke tempat kerja atau menaiki baraccuda ketempat projek pembinaan. Itu semestinya tidak akan berlaku disini. Namun, jika Indonesia berputih mata lagi kali ini, ibarat bom atom yang meletus ganas ditengah bandar Jakarta dan pastinya pelbagai cacian dan makian akan terus berlagu disana sini. Masakan tidak, tertampar di kandang sendiri itu lebih menyakitkan dari terduduk dibumi asing.

Usahlah kita terus menghidupkan perasaan benci sesama kita, kerana kita ini datangnya dari bangsa yang sama dan yang paling penting adalah dari agama yang sama. Mohon slogan yang indah dan manis ini akan diserap dengan baik dalam meningkatkan lagi mutu sukan di asia Tenggara selepas ini.. 



HARIMAU MUDA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!

Wednesday, November 16, 2011

Review Part 1 (Fast track) Broadcasting..



Tahniah saya ucapkan kepada adik-adik semester tiga diploma komunikasi dan media yang menerima tawaran trek pantas ke Ijazah Sarjana Muda (penyiaran) (MC223) UiTM, Shah Alam. Mungkin masih ada yang belum membuat keputusan sama ada ingin menerima atau tidak tawaran ini bukan? Ya! Anda perlukan satu keputusan yang muktamad kerana tindakan ini adalah penentu masa depan anda seterusnya. Saya dahulu pun takut- takut dan was-was untuk menerima tawaran ini, Namun saya cekalkan hati dan meneruskan tawaran dalam pengajian ini. Penulisan kali ini saya sertakan review untuk subjek ini buat pengetahuan anda semua.




Untuk mereka yang menerima tawaran trek pantas bagi program penyiaran, anda akan memasuki semester satu dengan diberi beberapa pengecualian subjek, disini saya sertakan kursus-kursus yang dikehendaki buat pelajar semester satu trek pantas dan review ringkas mengenai subjek tersebut. Semester ini anda hanya akan mengambil 14 jam kredit sahaja selepas diberi beberapa pengecualian. Kebanyakkan subjek dan kursus masih mengekalkan konsep pembelajaran teori.

SUBJEK YANG AKAN DIPELAJARI

*Wajib diambil
LIB 410 – Psychology (3 JK)
COM 411 – News Writing and Reporting (3 JK)
COM 412 – Photo communication (2 JK)
BRO 410 – Principles to broadcasting (3 JK)

*Pilih satu (1) subjek Minor. (3 JK)
PRO 410- Principle of Public Relation
ADV 410- Principle of Advertising
CIT 410- Principle of instructional communicaton
CMP 410- Principle of communication management

*Subjek dikecualikan.*
- Co-curiculum
- Islamic and asian civilization (CTU)
- Introduction to communication and media studies



1)    Psychology.
Kursus ini sama seperti anda pelajari semasa di semester tiga diploma. Tiada perbezaan yang ketara seperti yang dipelajari dahulu. Bagi kerja kursus, anda dikehendaki menyiapkan laporan kajian mengenai perkara yang berkaitan dengan psikologi. Seperti biasa, masih ada kuiz, ujian pertengahan dan peperiksaan akhir.

2)    News Writing and Repoting.
Bagi kursus ini anda akan mempelajari teknik- teknik menulis berita dengan baik dan berkesan. Anda dikehendaki membuat tugasan didalam kelas setiap minggu, mencari berita melalui akhbar serta menganalisis berita dan menulis berita mengikut format yang telah dipelajari. Subjek ini masih mempunyai kuiz, ujian pertengahan dan Ujian akhir. Tiada peperiksaan akhir bagi subjek ini.

3)    Photo Communication.
Kursus ini masih sama seperti anda pelajari di semester tiga diploma. Sekurang-kurangnya anda telah mendapat pendedahan mengenai kamera DSLR semasa pengajian diploma dan anda akan mengguna pakai semula ilmu terdahulu buat kursus ini. Sekadar ingatan, ingati semula teknik pengambilan gambar yag dipelajari dahulu, kerana pensyarah mungkin tidak akan mengajar satu persatu seperti semasa diploma. Tugasannya anda dikehendaki menyiapkan beberapa keping gambar menyikut tema dan teknik yang akan diberikan pensyarah setiap minggu dan ada projek final yang akan diberikan. Subjek ini hanya ada kuiz dan ujian pertengahan mengenai kamera dan teknik- teknik serta projek final. Tiada peperiksaan akhir.

4)    Principle of Broadcasting and multimedia.
Ini merupakan kursus major dalam program penyiaran. Bagi kursus ini anda dikehendaki membuat pembentangan kumpulan bagi setiap tajuk dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan penyiaran. Tugasan yang diberikan agak menarik kerana anda mungkin dikehendaki ke mana-mana stesen penyiaran atau membuat kajian mengenai industri penyiaran Malaysia. Masih lagi mempunyai kuiz, ujian pertengahan dan kursus ini ada peperiksaan akhir.


*PILIH SATU SUBJEK MINOR SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN.

Bagi subjek dalam kursus Minor, saya telah memilih Principle of Public relation (PRO410). Kursus ini juga tiada banyak bezanya dengan subjek semasa semester tiga diploma dahulu. Kebanyakkan pensyarah masih menggunakan buku dan silibus yang sama. Jadi, ia pastinya lebih mudah. Masih lagi memerlukan perbentangan kumpulan bagi setiap tajuk dan membuat tugasan yang berkaitan dengan perhubungan awam. Mempunyai Kuiz, Ujian pertengahan dan peperiksaan akhir.

Ini bermakna anda hanya akan mempelajari 5 subjek sahaja setelah diberikan beberapa pengecualian subjek bagi semester ini. Namun, harus diingatkan, setelah berada di semester 3, tiada lagi pengecualian subjek yang akan diberikan. 


Buatlah keputusan yang tepat!! Kejayaan sentiasa menanti dihadapan...


Monday, September 26, 2011

Merantau demi ILMU...

Fuhhhyoooooo...
Habuk, sawang semua dah melekat dekat blog kesayangan ni semenjak terbiar lama. Maklumlah, banyak benda yang dibuat sampai lupa dan taktau nak hapted apa dalam ruangan SUARA AKU SUARA KAMU ni.. Macam biasalah bila bermula saja semester baru ni memang kelam kabut. Badan dah ada dekat Shah Alam tapi hati naluri batin roh dan jiwa masih tertinggal dekat rumah. InsyaALLAH taklama lagi sampai lah jiwa itu kesini. Aishhhh!! macam ni la hidup merantau demi ilmu..

Bukannya terlalu manja dengan keluarga atau kata lain, terlalu bergantung dengan keluarga walaupun dah besar panjang tapi suasana bila dekat dengan keluarga tu lain rasanya. Senang hati bila tengok keluarga dan anak didepan mata tapi bila jauh rasa risau dan teringat pula. Come On, bayangkan mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga yang berjauhan, belajar sampai US, UK, Zimbabwe dan seanteronya, dorang relaks je kan? takde pun merungut rungut ni. Sedangkan aku hanya di Shah Alam, jarak perjalanan ke rumah hanya dalam 3jam sajoo..

Lupakan sebentar hal terkenang tanah yang jauh. Memandangkan syawal selama sebulan, memang puaslah Qarami singgah ke rumah terbuka baik rumah kawan2 mahupun rumah terbuka kerajaan serta rumah terbuka parti yang asik membangkang. Dah nama pun rumah terbuka, so, pergi jelah dengan muka yang tak malu. Makanan semua hidang memang banyak dan bermacam-macam, sekarang pula ramai yang buat cara menyediakan gerai-gerai beraneka makanan, jadi senang untuk tetamu pilih je makanan apa yang dorang nak. mcam pick and eat lah gitu! Tapi bukan nak kutuk atau nak banyak songeh cuma kebanyakankan makanan yang dihidangkan memang tak berasa langsung. Manis tidak masin pun tidak!!! erkkk~~ bukan nak banyak komplen tapi rasanya kalau kita sediakan dan hidangkan makanan pada tetamu tu biarlah dengan rasa yang secukupnya. Takkan nak jimat cost pulak kan! hihihi. kadang-kadang pikirkan balik memang bagus buat makanan dengan rasa begitu sebab nanti tetamu yang makan pun ambik sedikit je. Boleh lah berdiet untuk mereka tu! Dengar berita pun Malaysia merupakan negara Asia tenggara yang paling ramai rakyat Obesiti.. Opsss!! takut sebut2 obes nie, nasib baik Qarami kurus melidi.. Makanlah banyak mana pun, tetap sama beratnya. Sampai sekarang pelik dah macam2 ubat ditelannya..

Oklah, now, telah bermula semester baru. Macam biasa azam memang tinggi walaupun mungkin yang lepas ada yang tak capai lagi. Biaslah tu kan! InsyaALLAH matlamat semester ini akan tercapai dengan impian dan harapan yang baru. Tapi sebelum tu nak clorox dulu otak2 yang dah berkarat berlumut dek terbiar lama tanpa disental.. Moga-moga semester ini membawa satu matlamat baru serta impian dan harapan tercapai dengan izinNYA.. AMIN~~


Sebelum tidur minum susu dulu ya anak-anak!!

Sunday, June 26, 2011

SIHAT: Info SEKS! (mengandungi unsur 18SX)

Nampak tajuk dah macam kontroversi!! Panas sepanas mentari.. Tak pasal pasal Qarami kena cop gila seks pulak kejap lagi sebab entri kita hari ini berkaitan kesihatan iaitu mengenai info yang berhubung kait dengan SEKS!

Hari ini setelah membelek beberapa majalah rumah tangga dan melayari beberapa ruang internet, saya terjumpa mengenai beberapa info mengenai seks yang boleh ditambah kedalam minda kita.. Amboiii!! gatai hang naaa!! mungkin itu kata anda, namun, apalah salah kita menambah pengetahuan.. Tak gitu??? hihihi..

Sebelum tirai kelambu dibuka, sebelum laptop terpadam, sebelum hujan turun lebat dan sebelum berukband terhenti.. Ingin saya pesan bahawa semua info mengenai seks ini adalah sekadar pengetahuan umum yang tidak diketahui ramai orang terutama lelaki.. Jadi eloklah pengetahuan yang kita ada kita kongsi-kongsi... kejap-kejap.. Adik-adik bawah umur sila jangan baca, klik butang X dekat atas penjuru kanan skrin komputer anda...

haah!! tutup mata cenggini, comel sgt!!
====================================================================

Info Tentang Seks yang ramai tidak tahu:

1) Hubungan seks bukan sekadar kepuasan atau keseronokan semata-mata. Sebenarnya ia merangkumi lebih dari itu. Baik lelaki atau perempuan mereka memerlukan belaian dan perhatian pasangan dan jika sekadar berborak dengan penuh romantis sudah kira keseronokkan dalam perhubungan... (sebab itulah orang kata dari suara turun kehati... Ecehh!!)

2) Didunia, setiap hari lebih 100juta pasangan melakukan hubungan seksual. (Mungkin itu termasuk sekali yang berzina kot!!!)

3) Lelaki yang tidak merokok mampu bertahan lebih lama diranjang berbanding yang merokok. Bahkan mereka yang tidak merokok mencapai kepuasan yang lebih tinggi. (Apa lagi, tinggalkan rokok sekarang)

4) Alat kelamin lelaki boleh bangun 4 hingga 5 kali sewaktu sedang tidur.. (ermmmmm!)

5) Semakin lanjut usia seseorang lelaki, semakin kurang keinginan seks mereka.. (Aikk!! pelik! mcm mana kalau orang tua yang kahwin lagi tu..)

6) Ketika melakukan seks, wanita lebih berfantasi mencapai klimaks berbanding lelaki.

7) Wanita tidak suka jika pasangan beredar atau meninggalkan ruang tidur setelah berlakunya hubungan seksual.. (apalah punya husband cam ni!!)

8) Kecepatan atau ejakulasi pada lelaki rata-rata sekitar 45km/jam. (ushhh!! laju tu)

9) Aktiviti Seks Sihat dapat membantu anda membakar kalori seperti sedang melakukan senaman.. (Boleh kuruskan badan la kiranya ni..)

10) Wanita yang membonceng atau menunggang motorsikal dan menempuh jarak 160km seminggu berisiko mengalami penurunan rangsangan dibahagian intim... (Bahaya Bahaya)

Ini dia antara 10 info buat hari ini. Banyak sebenarnya info mengenai hubungan seksual yang orang kita tak tahu. Rata-rata mengatakan malu untuk ambil tahu. Apa-apa pun dengan kemudahan internet hari ni. Rasanya tak ada masalah untuk kita mencari ilmu tambahan yang lain demi kebaikan.. Qarami pun malu sebenarnya nak post entri ni.. kuikuikuikui!!


Diulang!! entri ini sekadar maklumat yang ingin dikongsi bersama para pembaca sahaja. Banyak lagi sebenarnya tapi tangan ni tak larat nak menaipnya hah!! nanti kendian-kendianlah yer saya post lagi.. Selamat menggali ilmu!!!!


Jauhkan diri dari seks bebas!!! baru hidup sejahtera harmoni..



Saturday, June 18, 2011

Nasib Nasib...!!


ASSALAMMUALAIKUM

Apa khabar semua rakan blogger yg dikasihi.. Syukur masih diberi peluang menghidu udara segar di dunia ini. Sebelum ni agak sibuk sebab Qarami kerja part time cuti semester ni di panggung wayang. So now, dah cuti dua bulan sebab accident jalan raya.. Apa??? ishh, tak cedera teruk pun. Cuma patah tulang selangka, tulang diantara bahu ni je. Sakit sikit je. macam kena gigit semut api...



Nasib Nasib!!!
kalau tahu nak ditimpa malang, Qarami tak pergi kerja haritu. Tak pun tengok je cerita KL  Gangster sampai lewat malam (bangga tgk filem melayu penuh setiap show)... Apa nak buat, dah nasib??

Nasib Nasib!!!
Orang yang langgar tu pun taknak bertanggungjawab walaupun hakikatnya ternyata dia memang bersalah, keluar dari simpang tanpa berhenti dahulu. Dah la tu, road tax dan insurance pun tak ada. Kita juga yang tanggung derita.

Nasib Nasib!!!
Ingat kerja part time cuti semester ni nak tolong mak bapak kumpul duit untuk tanggung pembelanjaan semester depan tapi ini yang dapat.. Pening kepala ni hah!!

Tengah tengah sedih mengenang nasib. Tiba-tiba result exam keluar pulak. Alhamdullilah, bila tengok results kurang sikit beban sakit ni.. Syukur!!. Segalanya tercapai dan berbaloi dengan usaha.




nampaknya lepas ni Qarami kena menatap rumah kesayangan ni jela.... takut pulak nanti karang ada orang yang tak diundang, masuk sambil tinggal nota wish moga cepat sembuh pulak... Bahaya alam maya sekarang ni.. Pastikan anda semua ketatkan security blog anda!! dan cari info2 berguna untuk melindungi privasi internet. oklah, sekian.. lenguh tangan ni hah menaip.. nak lawat blog kengkawan pulak...


setiap kejadian ada hikmahnya...




Wednesday, May 11, 2011

PopUp Selebriti

Qarami datang bukak pintu, sapu2 lantai yang kian berhabuk dekat blog ni.. Sayang gila, dah lama tak hupdate cerita kat sini. Bukan apa, sebagai pelajar sepenuh masa memang sibuk. Sumpah, degree lagi susah dan mencabar dari Diploma. Tapi, life must go on. Hidup mesti diteruskan. Nak buat macam mana. Inilah dunia. Kena kejar ilmu juga. Jom, dengar saya bercerita!!!

Seminggu sebelum exam haritu, Qarami telah dipilih orang abang2 dan kakak2 senior untuk jadi pengacara program hiburan live mereka bagi tugasan subjek TV production. Penat giler, tak tidur malam semata-mata nak memastikan rancangan ni berjaya. Kitaorang stay up dekat studio TV. Bukan senang nak jadi pengacara ni walaupun hanya untuk memenuhi tugasan assignment saja. Kena betul2 perfect macam sebuah rancangan LIVE dekat tV. Kalau salah tak boleh reverse2 lagi.. So, apa lagi, saya pun puas la nak memahami perjalanan program dua jam ni. Nasib baik krew2 akak n abang2 ni semua baik dan layan dengan penuh mesra. Tak jadi begitu bermasalah. Lecturer dia pun puji dan bagi komen tentang penyampaian saya. So, terharu!! Well Done Velocity, Love you all~~

set yg ditata rias indah untuk Pop Up Slebriti. Nice

sebelum Live Recording. Nevess!!

menjemput tetamu undangan amylea bekas pelajar AF.

sinar harian rencana KAMPUS.

Cerita kedua pula, pasal kawan2 dekat sini. Most of them memang baru je kenal semuanya. Jadi tak berapa paham lagi hal masing2. Maklumlah, sorang2 ada macam2 perangai. Kadang-kadang rasa gembira, meluat, dan semuanya. Tapi Qarami terima sebagai adat resam dunia. Lagipun, lama kot nak mengadap muka dorang semua. Tiga tahun lagi.. so, try to improve dan  think poditive about them. Nasib baik housemate semuanya masih boleh masuk. walaupun sorang-sorang macam2 ragam ada.. Well, akhirnya semua dah berpisah balik untuk cuti semester dan for sure takkan jumpa lagi macam selalu. Lepas ni masing2 buat haluan sendiri. Just keep our memory jela. Walaupun pasti akan rasa rindu dengan dorang nanti terutama mamat yang selalu kenyang dengan mendownload lagu, pakcik rocky. haha.

Ketiganya, Lately ni Qarami selalu dengar orang duk bercerita pasal hal qarami.. Just wonder, why people love to talking bad about me.. Sumpah, Qarami tak pernah nak amik tahu pun pasal they all. Biaq mampus la hagpa punya hal. Tapi awat duk jaja cerita cheq lagu ni. Sedih bila ada yang bercerita hal macam tu. Busuk sangat ke akhlak aku?, sedangkan Qarami tak ada la mesra sangat dengan semua. Becouse i learn for the experience, tak mahu terlalu rapat secara tiba2 jika tak kenal hati budi lagi. Well, i tak mintak publisiti murahan but korang yang jaja cerita untuk buat orang kenal me. Senang cerita, If you guys tak suka, menyampah dengan insan hina ni, just jauhkan diri dari saya. Easy rite??

But my mum always remind me that, KITA tak BOLEH nak PUASKAN hati semua orang!! Yeahhh!! your right mum... 

Last Word, selamat bercuti musim panas kepada semua pelajar UiTM dan IPTA Malaysia walaupun Malaysia memang sangat panas kebelakangan ini. Jaga diri, Jaga kesihatan, Jaga peribadi.. Lepas ni Qarami akan start aktif berblogging kembali.. YahOOOooooo~~~


Banyak pengalaman yang dikutip mengenai kehidupan. Kecewa, Gembira, Suka, Duka


Friday, April 22, 2011

HIBURAN: Justin Bieber Concert Di Stadium Merdeka, KL

Penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bieber akhirnya selesai menjayakan konsert jelajah dunianya pada 21 April di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semalam. Pukul 4 petang, memang dah ramai yang memenuhi ruang sekitar stadium untuk menyaksikan konsert secara langsung tu. Qarami juga tak ketinggalan menyaksikan konsert julung2 kali penyanyi Kanada itu. Memang ramai. Dianggarkan 17,000 orang yang menyaksikan konsert tu. Rata-rata penonton semua remaja yang berusia 25 tahun ke bawah. Memang meriah lah petang tu dengan jerit pekik peminat fanatik Justin Bieber.

Justin Bieber memulakan nyanyian pada jam 9 malam dan berakhir 10.30 malam. Dia menyanyikan semua lagu popular dan hits nya sebelum ni. Pembukaan konsert ialah persembahan dari Miss Nina, what you waiting for?? okeyhlah.. mari kita suruh gambar bercerita...


seawal jam 3 petang di gerbang stadium.



peminat fanatik JB


konsert dibawa oleh Tune Talk.


Dj Hitz FM


Meriahhhhh!!



Gadis Tune Talk. Dapat sim free edisi bieber.. yahOOo

panas pun still tunggu ni..












sementara menunggu...





yeayyy!! dpt tiket percuma..


sejam before concert!!



Konsert berakhir dengan nyanyian lagu BABY. Meskipun meriah dan memukau namun persembahan terasa sekejap sangat. Ramai yang berkata begitu. Yang penting, Justin Bieber bukan keseorangan datang ke Malaysia. Budak 17 tahun ini siap bawa seseorang.. Jeng Jeng Jeng.....





teka siapa?????????????????


Qarami pun nak buat My World Tour juga la satu hari nanti walaupun memang suara ke laut.. haha

Monday, April 18, 2011

Malam Dinner Broadcaster!

Tup tap tup tap, dah masuk April rupanya, sekejap bebenor masa berlalu.. Maaf la teteman kalau dah lama saya tak update blog.. Gindu bebenor rasanya kat pondok buruk ni.. Kadang-kadang tu sempat juga saya singgah ke rumah rakan2 dialam maya ni sambil meninggalkan tapak kaki yang semakin mengembang ni dan mengklik duit-duit sen yang seksi dan menghairahkan kat tingkat rumah anda..

Bukan apa, saya sibuk sikit dua tiga menjak ni, dengan assignment yang semakin galak, dengan aktiviti yang semakin mengganggu dan dengan perasaan malas yang semakin melampau.. Akhirnya dapat juga membalas kunjungan hormat Tuan Puan malam ni. Nak balas dendam blog walking memalam buta ni.. ketuk rumah korang puas-puas malam ni sampai pengsan. 

Oklah nak share sikit pasal aktiviti yang Qarami buat masa bulan Mac haritu. 25-27 Mac haritu fakulti penyiaran ada buat dinner semester dekat the Emperor Hotel Malacca, syok juga hotel tu.. Bilik dia memang tip top. Cantik dan berdekatan dengan bandar Melaka, boleh jalan kaki je ke Banda Hilir.. dekat juga.. sambil jalan kaki tu boleh cuci2 mata yang dah lama berhabuk mengadap laptop ni.

Dah puas berseronokkan pada hari hari itu, akhirnya balik semula ke kampus dan memulakan pembelajaran minggu terakhir sehinggalah hari ni. Minggu depan dah start final exam. Aduhhhh!! kejapnya masa berlalu. kadang-kadang rasa masa ni memang tak pernah tunggu kita. Kalau kita leka memang kena tinggal. Akhirnya diri sendiri yang merana. Cuba kita kira berapa banyak masa yang kita dah buang sehari.. Tidur, makan, buang air besar dan kecil, berfacebook, bergosip semua.. Ermm, banyak juga masa yang kita bazirkan sebenarnya kan?? kalau ditukar dengan emas, berapa gram kita boleh dapat agaknya kan.. Tapi itulah lumrah manusia sentiasa membazir. Bukan membazir melalui harta benda je, tapi membazir dengan segala macam perkara.  

Kadang-kadang Qarami selalu merenung.. Alangkah baiknya kalau saya dapat guna masa-masa ni semua dengan perkara-perkara yang betul-betul berfaedah. Tapi nak buat macam mana, kita semua manusia biasa yang sering alpa. Kalau tak ada yang ingatkan, memang hanyut la jawabnya.. Apa-apa pun gunakan la masa yang ada secukupnya dengan perkara yang berfaedah. Sebab dunia ini tak lama dan jam randik, jam digital, jam KFC, jam doraemon semua tak tunggu kita untuk sehari.. Masa akan terus berlalu dan kenangan terus akan tercipta dalam diari harian kita.. Hari yang mendatang pula akan terus menghampir tidak menunggu...


(nak share sikit je pic masa dinner broadcasting tu.. tema dia fantasy, you guys memang rockkk~~)









Semester depan kita buat lagi gempak yerr!! dah dah gi start study..

Wednesday, March 9, 2011

INFO: Facebook ini merbahaya....


Laman sosial hari ini menjadi antara keperluan masyarakat tak kira yang tua atau yang muda. Semuanya mahu mendaftar dan memiliki akaun sendiri. Katanya mudah untuk berhubung dengan kenalan yang jauh mahupun yang dekat. Ishhh, betul la tu, Qarami tak tolak kenyataan dan pendapat tu. Tapi, tanpa kita sedar sebenarnya ada juga keburukan facebook especially golongan pelajar seperti saya.. Okeh2, ada yang masih tertanya apa keburukannya.. Harini, Qarami nak sentuh dari sudut sebagai seorang pelajar. Baik dan buruk facebook kepada seorang pelajar. Lagi-lagi pulak macam saya yang tak tersangat pandai, asik leka je berborak di laman sosial sampai lupa masa dah berlalu, kerja pun tergendala.

1) Masa zaman 80-an dan 90-an, facebook tak ada lagi, so, semua pelajar masa tu hanya menumpukan pada pembelajaran.. maknanya 12jam mereka memang asik mengadap buku. Laptop pun masa tu tak ada lagi.. So, tiada hiburan yang boleh mereka lakukan kecuali bersiar-siar ke bandar ada hujung minggu.. sebab tu pelajar dahulu semuanya berjaya dengan cemerlang..

2) Masa zaman 80-an dan 90-an, laptop tiada dan kalau mahu guna komputer mesti mereka kena pergi ke makmal komputer yang disediakan untuk menaip apa-apa perkara menggunakan komputer yang sangat besar gedabak. Kalau tak pun mereka akan menyiapkan tugasan menggunakan mesin taip yang berat tu. Usung ke sana ke sini. Dalam mesin taip tu tak ada movie, lagu atau game untuk dimain kan...

3) Masa zaman itu juga, tak ada telefon bimbit, dan kalau ada pun, bukan orang sebarangan yang ada henfon. Justeru, mereka tiada pilihan melainkan berjumpa dengan teman kuliah dan menyiapkan tugasan serta study bersama sepanjang hari tanpa terganggu.. sebab tu kalau kita tengok pelajar dahulu, ikatan persahabatan mereka sangat rapat macam adik beradik sebab banyak kesusahan dikongsi bersama. Bila tak der facebook, mereka ini tiadalah masa untuk bercinta cinton dengan sesiapa melainkan rakan yang memang dikenali rapat atau pilihan ibubapa. Masa tu tak ada kes penipuan atau lari ikut orang yang tak dikenali.

4) Zaman kini, Laman sosial mudah diakses melalui telefon bimbit, jadi takde masalah untuk pelajar berhubung dan terus berborak sesama rakan dan menjadi gila dengan tersengih sorang-sorang di bilik air. Bila leka berborak, sedar tak sedar masa berlalu pantas. Tugasan kuliah dan mengulangkaji terabai. Jadi bila nak hantar dekat pensyarah apa lagi cincai mincai.. Tak berkualiti berbanding pelajar dahulu. Kalau terdesak sangat mula la episod copy and paste dari sumber2 yang ada di internet. Merbahaya!!

5) Pelajar dahulu banyak masa untuk dihabiskan belajar dan tak terfikir mengenai gosip2 sebab susah nak tau. Kalau pasal artis mesti kena beli paper. Tak mcm sekarang, klik je kat fb.. semua cerita keluar dari rakan2 sampai masa mengumpat pun lebih banyak dari masa belajar. Lagi satu, laman sosial juga diguna oleh pelajar untuk meyampaikan hebahan mengenai sesuatu perkara dengan mudah. Kalau hebahan tu benda yang positif takpe jugak. ni tetiba pasal benda yang memalukan. Memang bahaya..

sebenarnya, laman sosial seperti facebook dan sebagainya ada buruk dan baiknya. Cuma disini saya hendak memeberi gambaran mengenai perbezaan laman sosial sebelum kewujudannya dan selepas kewujudannya era kini.. Jadi, sebagai pelajar kita haruslah menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang ada, jangan sampai memakan diri.. Takut nanti belajar entah kemana pula.. Okeh, pesanan ini juga untuk Qarami secara totalnya.. 
sekiann, jumpa lagi.. (macam karangan Bahasa melayu kertas 2 dah ha) ahahaha

Wednesday, February 16, 2011

INFO: Rumah Yang Menyeramkan.

"Eh, ada orang mengilai laaa... Aduh waktu macam ni la benda ni nak mengilai pulak"
Entri hari ni qarami saja nak share dengan anda mengenai kewujudan rumah2 yang dikatakan berhantu atau dengan kata lain ditumpangi makhluk halus yang tak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Sebelum ni kita mesti selalu menonton cerita2 dan penyiasatan mengenai rumah-rumah yang dikatakan berhantu kan. Masa lepak-lepak dengan kawan-kawan kami sempatlah berborak pasal rumah berhantu nie. Ada yang berani mengajak untuk menyiasat tapi Qarami tolak sebab banyak kerja yang nak buat (padahal takut kan qarami)

Ishhh, bebudak ni, takder pasal, carik pasal betul la.. Kang kalau dah meracau menjerit terlolong baru tahu. Apa-apa pun jom kita tengok sedikit koleksi rumah dikatakan berhantu dari seluruh negara...

di indonesia

hospital di belanda



highland tower





ni kat sec2, shah alam..

Rumah2 ni tak dikenalpasti betul-betul berhantu atau tidak. Qarami hanya minta pertolongan pakcik google mencarik gambar sebab bersemangat nak tengok rumah yang dikatakan berhantu.. Tapi kalau tengok rupa dan keadaannya memang nampak seram lah.. Yang menjadi persoalan sekarang ni, kenapa hantu-hantu ni memilih rumah banglo atau rumah mewah.. Adakah sebab tuan empunya rumah yang mempengaruhi imigrasi benda halus ni, atau makhluk ni memang nak duduk dan beranak pinak dirumah besar je.. Iyelah, hantu pun nak gak merasa rumah besar, baru disanjung tinggi sesama kaum mereka kot. HAHA.. 

Sebab tu kalau banglo atau istana yang ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama akan dipinjam oleh makhluk2 penunggu ni. Contoh terdekat, kita tengok movie Melayu atau luar negara, semua cerita hantu mereka memilih rumah besar sebagai tempat berhantu atau objek mistik cerita mereka.. kenapa?????? Kalau kalian semua ada gambar rumah PPRT atau setinggan yang berhantu bagi la tau.. Sebab susah nak jumpa rumah kecik yang berhantu.. Ishhhhh, hantu sekarang ni pun demand lebih... 


taknak buat rumah besar. kang ada pulak yang tumpang... :P