Monday, November 21, 2011

"BERSATU DAN BANGKIT" - Sekadar Slogan!



"Bersatu dan Bangkit". Itulah slogan yang dinaungi oleh tuan rumah Indonesia bagi "Sea Games 2011" di Palembang dan Jakarta. Seharusnya slogan yang mantap itu harus disertakan dengan semangat kesukanan yang membara juga, namun kita tertipu dengan perkataan itu yang kononnya untuk menaikkan semangat kesukanan kepada semua atlit dari seluruh negara asia tenggara, namun hakikatnya, slogan itu tak ubah untuk menjatuhkan atlit dan negara kita MALAYSIA. Perbagai aksi dan pelakuan warganegara mereka yang boleh kita lihat dan tatap di akhbar dan media Malaysia. Bagaimana pelakuan dan layanan yang diberi kepada atlit, wakil media, pegawai dan juga penyokong Malaysia yang setia berkampung disana bagi menghidupkan sukan asia tenggara ini. Ada wartawan yang menjadi pelapor bagi setiap edisi sukan Sea menyatakan bahawa ini merupakan penganjuran yang paling teruk sepanjang kareer beliau. Bagaimana seorang wartawan yang dihalang dari melaporkan berita di venue dan bagaimana pula seksanya atlit bola sepak yang terpaksa diangkut dan disumbat ke dalam kereta perisai baraccuda untuk ke stadium. Apakah mentaliti dan tahap pemikiran orang seberang sana? Pastinya berbeza bukan. 

Bayangkan disana, rakyat Malaysia seolah-olah berada dikawasan peperangan yang merbahaya sementelah, rakyat mereka di Malaysia bebas bersuka ria, mengutip dan menuai hasil bumi Malaysia untuk disumbat kemulut saudara mara mereka di sana. Kita dengan mudah boleh bertembung dengan kaum mereka di Malaysia dan untungnya rakyat mereka disini berbeza dengan rakyat mereka disana. Mungkin kerana sedar betapa pentingnya Malaysia kepada mereka dalam meneruskan kehidupan. Saya bukanlah terlalu rasicm dalam isu ini, cuma rasanya perlu untuk menulis bagi menyedarkan betapa perasaan kesabaran kita semakin ditekan hanya kerana isu-isu remeh yang tiada faktanya.

"Bersatu dan bangkit". Penyokong dan rakyat Indonesia sanggup menyokong pasukan lawan Malaysia asalkan Malaysia tewas dan dimalukan dikhalayak kontijen negara lain. Sedarkah mereka, tindakkan bodoh ini bukannya memberi kesan kepada negara kita semata namun akan memalit rasa malu kepada mereka sendiri. Bagaimana 10 negara yang lain akan melihat sikap warganegara itu yang nyata tidak suppotif dan hanya bertunjangkan rasa benci dalam arena sukan.

Mungkin persamaan bahasa dan budaya menyebabkan isu ini menjadi makin parah dan Malaysia sememangnya tidak boleh lari dari berentap dengan negara merah putih itu. Saya sejujurnya berasa bangga dengan semangat yang ditonjolkan atlit negara dalam semangat kesukanan ini. Meskipun dihambur dengan cacian dan makian, namun semangat yang ditonjolkan nyata begitu membara. Mereka pejamkan mata dan pekakkan telinga dalam mengail kilauan emas dibumi nan jelas menolak Malaysia. 

Media Malaysia juga ternyata tidak terlalu terikut dengan rentak media Indonesia yang jelas menjadi batu api dalam menyemarakkan lagi permusuhan antara dua negara. Sebagai pelajar media, saya melihat, media Indonesia sering kali melanggar etika dalam penulisan dan ini amat berbeza dengan media Malaysia yang masih mengamalkan nilai harmoni dan penulisan yang berbentuk kesepaduan. Jadi, apakah fungsi dan kesan dari aktiviti dan usaha sama penganjuran media Malaysia-Indonesia selama ini?

Sukan Sea Indonesia 2011 akan menutup tirainya beberapa hari lagi, kilauan emas yang diraih atlit negara akhirnya mencapai sasaran dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan dari sukan Bola Sepak yang akan menyaksikan perebutan emas dari Malaysia dan Indonesia. Pertemuan dua negara yang nyata bermusuh dalam ibu segala sukan ini pastikan menjadi topik hangat yang akan diperkatakan sepanjang edisi sukan sea kali ini. Di ruangan laman sosial boleh dilihat segala komen dan pertelingkahan diantara dua buah negara yang jelas menampakkan bola sepak bukanlah satu sukan yang menyatukan negara malah menjadikan parut semakin berdarah. Skuad Malaysia akan menentang Indonesia dalam perebutan meraih medal emas yang selama ini menjadi anganan Indonesia apatah lagi Indonesia sebelum ini menangis malu kerana kalah dalam piala AFF Suzuki dan baru-baru ditambat pula dalam penentuan juara kumpulan A dikandang sendiri, manakala Malaysia mahukan emas itu terus dikalungkan kepada negara kita. 

Ternyata semangat yang ditonjolkan anak buah Ong Kim Swee harus di sertakan dengan ucapan tahniah kerana berjaya membawa Malaysia sekali lagi ke pentas Final meskipun melalui liku-liku yang mencabar. Menang atau kalah itu adat permainan, rasanya seluruh rakyat Malaysia sudah berdoa agar pingat emas tetap menjadi milik Malaysia dan andai kalah sekali pun, rakyat Malaysia pasti menerima dengan hati terbuka dan tidaklah sampai membakar bendera pihak lawan atau terpaksa rakyat Indonesia di sini dikawal polis untuk ke tempat kerja atau menaiki baraccuda ketempat projek pembinaan. Itu semestinya tidak akan berlaku disini. Namun, jika Indonesia berputih mata lagi kali ini, ibarat bom atom yang meletus ganas ditengah bandar Jakarta dan pastinya pelbagai cacian dan makian akan terus berlagu disana sini. Masakan tidak, tertampar di kandang sendiri itu lebih menyakitkan dari terduduk dibumi asing.

Usahlah kita terus menghidupkan perasaan benci sesama kita, kerana kita ini datangnya dari bangsa yang sama dan yang paling penting adalah dari agama yang sama. Mohon slogan yang indah dan manis ini akan diserap dengan baik dalam meningkatkan lagi mutu sukan di asia Tenggara selepas ini.. 



HARIMAU MUDA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!

No comments: