Wednesday, April 14, 2010

Tip berhenti merokok....

hellooooo.........
Dah dapat seru untuk berhenti merokok, tapi tak tahu cam ner nak berhenti...

don't worry babeh, saya akan berikan anda tip2 mudah nak berhenti merokok...
Yang penting.............. DISIPLIN.............
1. Melengah-lengahkan..
          Maknanya, kalau terasa tekak tu nak asap, cuba lengah2kan. Buat lah apa2 kerja yang patut. menyanyi ker? Berpidato ke? main masak-masak ker? tak pun malaskan kaki dan tangan untuk ambil rokok.

2. Tarik Nafas Panjang..
         kalau terasa nak berasap, cuba tarik nafas yang panjang dalam 3 kali ulangan agar oksigen meresap dalam otak kita. jadi ini mampu menghalang perasaan kerinduan kepada si tembakau.

3. Minum Air Putih Secukupnya..
         Ini yang paling mudah. kalau anda terasa seperti mahu merokok, lekas2lah ambil air masak putih didapur dan minum sekerap-kerapnya. Kalau payah sangat minum je air kolah kat bilik mandi tu sampai kembong perut..
4. Sibukkan Diri.
        Walaupun mungkin pada saat itu anda tidak sibuk, namun cuba sibukkan diri dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan ker, buat assignment ker. Tapi, jangan sibuk bergosip pulak yerrrr....

5. Mengelakkan Diri
        Ini lah yang menjadi penyebab kenapa susah bebenor perokok nak berhenti merokok. Jadi kalau boleh cuba elakkan diri dari situasi atau tempat yang boleh mendorong perokok untuk merokok. sebab tu saya cakap tadi, yang pentingg.... DISIPLIN....

6. Mengunyah sesuatu.
       sambil duduk2 tu, eloklah anda mengunyah apa2 benda yang boleh dikunyah seperti chewing gum ke, buah2an, dan sebagainya. Tapi kalau tetap teringat kat si dia tu, anda kunyah je rokok tu.. Pahitttt!!!!!

7. Membasuh Tangan dan Mandi dengan Kerap.
         Ini paling senang, kalau anda terasa nak merokok, basuhlah tangan atau mandi je terus. ini akan membuatkan anda lebih segar dan terus terlupa akan rokok. Masa basuh tangan tu, jangan lupa guna sabun ye, sebab sekarang ni macam2 virus ada. H1N1 la, LIL la.. jadi sambil berhenti merokok dapat juga jaga kebersihan...

8. Meregangkan Otot.
        Kalau terasa nak merokok, buatlah sedikit senaman regangan yang anda mampu. ini akan menyegarkan otot2 anda yang mula lemah dek mahukan belaian rokok. jadi, bila buat regangan otot, badan pun akan segar..

9. Memohon Doa.
       Ini jangan lupa. Kalau macam mana pun ada cuba untuk berhenti merokok, tapi tak berjalan juga. Anda hendaklah sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa. Tak susah pun nak berdoa. Yang tak merokok pun kena selalu berdoa jugak k...

Ha!!!! itu antara TIPs untuk berhenti merokok. Jadi apa lagi, jalankan kerja sekarang.... Semoga anda berjaya!!!!!!!!!!!!!

No comments: