Wednesday, February 2, 2011

AKTIF 5 di RTM

posto.... posto.... posto.....
Berita Basi Dari Qarami hari ini diawal Februari,
tidak sepantas BERNAMA, AL-Jazeera... 
Sibuk sungguh saya awal bulan Januari ni, macam2 nak diuruskan. Kalah Perdana Menteri. Macam nak pergi bertanding pilihan raya pulak.. Sebenarnya, malam ni saya nak share dengan anda satu aktiviti yang saya sertai dipertengahan bulan Januari haritu..Malam ni baru berkesempatan tulis untuk tatapan semua. Aktiviti fakulti, pelajar2 penyiaran UiTM diundang menjadi penonton untuk satu rancangan baru di RTM 2.. Tajuk rancangan candawara (gameshow) tu, AKTIF 5, trademark dia mari buat bersama-sama, sebut AKTIF lepas tu kira dengan muka manja 1,2,3,4, dan menjerit limaaaa!!!! Memandangkan peluang ni sukar diperoleh, saya dengan besar hati nya turut serta sama dan menjadi orang yang mengurus jumlah penonton yang akan dibawa ke wisma TV angkasapuri. InsyaALLAH, kalau ada rezeki, situ la tempat saya kerja nanti.. CEHH!! perasan Qarami. Kena baling kasut nanti.. hahaha.. Gurau semua..



Sampai kat sana dalam pukul 6.00 petang macam tu, lepas diberi makan malam, lebih kurang pukul lapan macam tu kami dibawa masuk ke set dalam studio.. Gila awalkan.. Padahal game tu start dalam pukul 9.. Dah la sejuk hingga ke tulang. Okeh, saja dia bagi masa untuk bergambar dan berhuha huha kot. Pengacara program ni ialah Ahdan Salleh, rasanya ramai yang familiar dengan dia kat TV..

muka geram!! bila nak masuk studio nie?? HAHA



Game show ni berkonsepkan satu Malaysia dimana ada lima permainan yang menuntut peserta melaluinya atau tersingkir jika markah kurang bagi setiap saingan.. Jadi, last2 nanti hanya tinggal dua peserta saja ke peringkat akhir. . Agak menarik jugak, plus dapat tengok secara langsung. (peserta perempuan yang mewakili warna pink tu comei laa!!!). Yang Qarami suka bila program live ni ialah mengenai kawalan kamera. Memang terbaik.. 

Juri yang dibawa ialah artis jemputan dan minggu tu Siti Nordiana menjadi jurinya.. Sempatlah Qarami menari dan menyanyi dengan nya masa penutup siaran haritu.. Kalau ada yang ternampak muka mamat yang pakai baju jaket putih terkinja kinja atas pentas silalah jangan tampar sebab diluar kawalan. Tak sedar pulak tu siaran langsung.. HAHA.. Apa2 pun, kalau RTM undang lagi, tak keberatan rasanya untuk serta sekali... Nak jadik peserta pulak lepas ni... Lagi satu yang best, penonton studio yang sporting dan bergaya akan dapat hadiah jugak.. Tiket ke sunway lagoon yawll... Tapi Qarami tak menang, mungkin sebab tak cukup bergaya dan sporting kot.. Tak apalah, yang penting dapat majalah koleksi Karangkraf, boleh buat baca sambil tunggu bas ke kelas atau sambil baring-baring atas katil.. 
Lepas ni, siap sedia terjahan Qarami ke blog kalian semua yaa.. Sebab nak balas dendam jarang dan kesuntukan nak blog walking sebelum ni.. Siap sedia semua tsunami Qarami.. HAHAHA

CAK!! :D

Lemah!! sebenar program bermula.. :D

Dah Habis!! Amik Kau terus AKTIF semacam!! HAHA



"Qarami sentiasa AKTIF"

10 comments:

biela_farel07 =) said...

Glemmezz gitu =)

QaRaMi HasHim said...

hahaha..
dan2 biela baca..
hik3.. :D

kak nisa said...

wah glamour adik sorang ni..patutla dh lama xupdate blog..hehe

QaRaMi HasHim said...

kak nisa: tu la kak.. bila strt kuliah ni mmg sibuk sikit.. tak terurus dah blog.. padahal idea ni mcm2 nak share.. hik3

Wen said...

wahhhh dak dak UPSI diorang jemput keeee??? nak jugaaaaa huhuhu Mr. Qarami u duk sana, keja sana nanti panggil ex budak2 UPSI ya.. hhahahahhaha...

p/S: nak Polow boleh?

QaRaMi HasHim said...

okeh, boleh2, vip seat utk ex2 UPSI...... hehehehe

Wen said...

ngeeee ni yang best ada kawan blogger sporting ni.. hehehehe especialy blog winkwink.. nge~~~

BEWARE OF THE FAKE ‘KOREA DETOX FOOT PATCHES’

QaRaMi HasHim said...

sudah pasti bu..
nnti akan dicop seat nya..
tunggu kol aja.. lmbt2 4tahun lagi.. HAHA

Wen said...

alahai masa tu da ada anak satu kot hahahha LOL.. xpe... janji ada ngeeee

dzuraya saida said...

ok.. saya nampak fahmi disitu!
hahahha