Monday, November 8, 2010

Aku Mahu Kesana ??

Mesti semua ada impian nak menziarah dan melancong ke luar negara kan??
hahhhh!!! jangan tipu, saya tahu perasaan anda sebab saya pun sama jugak.. haha..
okeh okeh, dekat sini saya nak nyatakan lima negara dan tempat yang saya nak singgah. Opss, bukan sekarang, mungkin kendian kendian nanti, bila duit dah beranak dalam dompet dan mula mengalir dengan derasnya.


negara pertama
-HAWAII..
wow!! hawaii ni sangat cantik okeh, kalau saya berbulan madu nanti, cari lah saya kat sini.
kalau saya merajuk dengan anda pun, mesti saya lari kat sini. Hawaii ni merupakan antara tempat yang paling indah dan sesuai untuk menenangkan diri jika berduka lara. Teringin mahu kesini. Kalaulah dapat kan??


Negara kedua
-Dubai.
Dubai, yaaa betul. Bayangkan kawasan sekeliling bumi arab ni sangat cepat maju dan membangun. tambah pulak dengan pembinaan bangunan tertinggi dunia mereka itu Burj Dubai. Cepat sungguh melonjak kegemilangan dubai ni. Bila tilik tilik pasal Dubai ni terus terasa untuk kesana. Sebab sekarang Dubai memang sangat cantik dan menarik. Jom lah kita kesana....

Negara ketiga
-Paris
Digelar The Romantic City dan jadi tempat kebanyakkan orang pergi honeymoon. Kalau anda baca pasal bandar Paris ni mesti teruja untuk jejakkan kaki kat sana. Paris ni banyak tinggalan sejarah tapi masih nampak moden. Sangat sweet kat Paris ni.. Tengok gambar je dah melonjak lonjak semangat nak terbang ke sana. Namun ini mungkin hanya impian yang tak sudah. haha


Negara keempat
-Tokyo
Tokyo ni merupakan bandar yang sangat moden dan dengar katanya masyarakat diorang kat situ pun sangat berhemah dan bersahsiah.. Itu sebablah saya bersemnagat untuk melawat Tokyo. Nampaknya, kalau mahu ke sana kena belajar bahasa Jepun lah dulu.. ;)


Negara kelima
-Los Angeles.
 Los Angeles, jangan jeles.. haha
Bandar ni dalam negara US juga sama macam Hawaii. Tapi Los Angeles lebih terkenal dengan seni filem dan sebagainya. Bandar ni sangat popular dalam kalangan orang kebanyakan dan VVIP terutama artis2 hollywood. Los Angeles pun merupakan bandar kat US yang paling ramai pengunjung. Hasil kajian saya, kajian ya.. Kalau nak kesini pastikan duit dalam dompet anda itu sampai keluar dari poket sebab tak muat. Everything expensive!! Tapi saya nak kesana jugak.. Kalau ada rezeki Los Angeles tunggu saya okeh..



Ambik kau, itu dia lima negara dan bandar yang saya nak kunjung. Sekarang ini saya hanya mampu berkunjung melalui mata sahaja. Kalau duit dah beranak nanti sampai la kot. kehkehkeh..
Dihitung kira dan ditolak tambah banyak lagi tempat menarik yang saya nak pergi sebab saya ni jenis yang sangat suka travel dan mencari ketenangan kat tempat lain.. Jauh perjalanan luas pengalaman. Buat masa sekarang hanya bandar ini sahaja yang menjadi tempat berkunjung saya.... iaituuuu.....


KUALA LUMPUR MALAYSIA
Kuala Lumpur pun okeh apa. Indah permai. Takyah nak tunggu duit beranak pun dah boleh round satu KL ni... hahaha
okeh, apa pulak destinasi impian anda??

imej: google.com

Malaysia pun banyak lagi tempat menarik yang belum dijejak lagi.

9 comments:

burnkelana said...

tq for visiting my blog.. follow also k..

Kak Wan Kamsiah said...

tima kasih jenguk umah akak...nampaknya impian kita sama cuma duit x cukup nak ke sana cuma akak nya sikit je lain...akak nak ke Mekah....itu yg utama....

QaRaMi HasHim said...

btol tuh..
mekah tu yang utama...
kalau ada duit kesana yg dulu..
buat haji tu wajib kan..
atas2 ni tambahan saja..
:)

Tulip said...

=D...
boleh tambah ilmu juga kan...

Yuni Aisyah said...

saya nak sangat pergi korea n jepun..:)

ANISRAHIM said...

pGrafik pon nk g sane gak..tp belum ade rezki..huaaaaaaaa

QaRaMi HasHim said...

kumpol duit byk2 pastu kte g reramai..
hahahaha

ANISRAHIM said...

buat rombongan..hahaha

QaRaMi HasHim said...

macam rombongan cik kiah..
kekekekkekeke..
PG jadik leader..
terbaikkk!!!