Monday, November 8, 2010

Lapan Ragam Kawan Kawan

Dah pagi dah pun, tapi mata still tak boleh pejam. Mungkin sebab tadi puas sangat tidur setelah berjaga mentelaah pelajaran semalamanya. Jadi, bila dah habis je jawab exam tu apa lagi. Balas tidur la.. haha.. Tengah-tengah berangan tiba tiba teringat pula tentang ragam sesetengah rakan yang saya kenal. So, saya berjaya menganalisis 8 jenis ragam atau perangai manusia hari ini.. Ini kira not academic research la. 
hehe...



RAGAM 1: 
-Nak cepat glamer.
Ada rakan yang jenis nak cepat glamer dan sanggup buat apa je untuk capai cita cita dorang mestipun terpaksa menggunakan publisiti murahan. Orang macam ni kena berhati hati sebab diaorang ni sanggup buat apa sahaja asalkan orang sekeliling mereka perasan kewujudannya. Macam attention seeker. Kadang kadang dorang ni hanya nak bergaul dengan orang yang glamer sahaja. Nak curi aura katanya. Helo, biarlah kau terkenal dengan cara sendiri ye...

RAGAM 2:
-Kuat sentap @ sensitif.
sikit-sikit nak terasa, tak boleh bergurau langsung, mulalah nak tarik muka. Aishh, susah...

RAGAM 3:
-pentingkan diri.
Ni lagi satu, ada yang bila susah bukan main lagi minta tolong. Merayu-rayu tapi bila dah senang atau dalam keadaan yang senang, mulalah lupa diri. Pandang sebelah mata je. Lepas tu, hanya suka fikirkan pasal diri sendiri saja. Semua nak utamakan diri sendiri. Yang penting biar dia sorang je happy bahagia. Kawan2 yang lain lantaklah, buat tak tahu. Ishh,  aku cukup anti orang camni.

RAGAM 4:
-suka berhutang tapi buat buat lupa.
Ni lagi satu jenis rakan yang aku kenal. Ni lebih kurang sepupu sepapat ragam tiga juga. Iaitu suka berhutang. Masa nak pinjam, bukan main berjanji. "Kejap lagi, lepas cocok duit aku bayar" "esok mak aku masuk duit aku bayar". Tapi lepas tu buat tak tahu je.. Aku ni kalau bab bab nak kutip hutang memang malulah, orang yang berhutang pula rasa tak malu.. PELIK PELIK...

RAGAM 5:
-Talam dua tiga muka.
kalau kuih talam tu sedap lah jugak, ni kalau perangai talam dua muka, memang tak cantik la kan. Depan kita bukan main baikkkk lagi, belakang kita potpet potpet cerita buruk pasal kita rupanya. Habis semua cerita nak bagitau orang lain. Mulut mereka pulak nauzubillah, macam bertih goreng masak pakai kuali.
Hidup penuh plastik...

RAGAM 6:
-Lambat bertindak.
Ni tak tahu nak kelaskan macam mana, tapi orang macam ni pun ada. Hidup kat univ kena cepat bergerak dan sentiasa alert. Tak boleh nak harapkan orang lain je. Tapi ada juga jenis yang lambat dan tak tahu apa apa maklumat lalu membuat muka ketidaktahuan mereka. Bila suruh baru nak gerak..
arggghhh, geram...

RAGAM 7:
-perasan cantik.
Hahahaha.. Ramai sgt ya kawan kawan aku yang begini. Perasan cantik. Rasa macam ala ala miss world. Tahulah bila masuk dalam course ni sume nak nampak dan tunjuk cantik tapi takperlulah keterlaluan. Nampak pelik dan tak pasal pasal kena kutuk lagi adalah..kalau rasa diri tu cantik sangat, betulkan dulu akhlak tu. kau ingat kau sorang je ke yang cantik hensem. Ramai lagi kat luar sana ya...

RAGAM 8:
-Perkauman.
Ni perkauman dalam kalangan darjat darjat ye. Serius, tak tipu. Masih ada golongan sebegitu. Yang anak kaya, duduk sekelompok dorang, yang kampung duduk sekelompok diaorang. Susah nak ngam kalau lain lain tahap. Aisshhh.. kat sekolah dulu tak derla pulak jenis camni, kat Universiti baru nampak. Sangat tak matang pemikiran hangpa ni.. Macam mana lah bangsa sendiri nak unite...

Itu antara 8 ragam yang sempat dirakamkan. Sebenarnya banyak lagi cuma tak sempat nak taip jer. Nanti takut anda muntah2 pulak baca. So, biarlah saya post sikit sikit.. Yeah, kita manusia banyak kelemahan termasuk saya. Cuma nota ini sekadar meluahkan pandangan saya sahaja..
ragam dan analisi yang lain akan dipost kemudian

sumber imej : google.com

Manusia itu tidak sempurna sikapnya..

4 comments:

Ezal R said...

aku plak memang paling anti dengan orang macam ragam no 3, no 5 and no 8..

By the way, nice blog

QaRaMi HasHim said...

thkss...

btol3.. klu diperhatikan mcm2 ragam ada. klu sepoloh org sepoloh ragam yg lain2.

nnZa said...

yg ke-4 paling banyak dalam kalangan kengkawan aku . hukhuk !

QaRaMi HasHim said...

nabilah.. itu perkara biasa..
keh3
;p