Wednesday, December 8, 2010

INFO: Facebook akan ditutup.


Oh no... Jerit Mak Cik Kiah sebelah rumah bila dia dengar ura-ura mengatakan bahawa ruang sosial facebook akan ditutup penghujung bulan Mei tahun depan. Tapi kenapa sehingga ruang sosial paling popular dunia ini akan dihapuskan di Malaysia. Bila dah heboh isu ni, baru Qarami tulis pasal isu ni sebab mula-mula ingat ianya hanya sekadar khabar angin rekaan Cek Timah dan gayah gendut je. Tapi rupa-rupanya ini isu sebenar yang kian mengular dalam masyarakat. Ada yang bersuara kenapa laman porno tidak ditutup sedangkan ia menjadi alat paling merbahaya merosakkan anak bangsa. Betul jugak tu, bagi Qarami macam tak sesuai lah kalau nak ditutup ruang siber ni sebab masih ada manfaat sebenarnya facebook ni kepada masyarakat.

1) Dapat rapatkan keluarga dan rakan-rakan yang jauh. Serta mudah berhubung dengan wakil rakyat.
2) tambah pendapatan melalui ruang perniagaan internet tanpa perlu membayar sewa.
3) dapat inform rakan-rakan mengenai entri blog yang baru di post.
4) Dapat tahu berita-berita terkini seluruh dunia
5) Pengetahuan akan lebih berkembang dan tidak dibawah tempurung sahaja.
6) Tambah pendapatan dan unjuran ekonomi negara melalui pengendali internet dan siber cafe di Malaysia.

Yang lain-lain anda boleh fikir sendiri. Menurut laporan, facebook mungkin ditutup atas alasan keselamatan. Kalau betul-betul facebook ni umpama bom yang merbahaya. kita redha sajalah ia ditutup. Tapi, sabar-sabar, ini belum keputusan yang pasti lagi . Apa- Apa Mak Cik Kiah, mainlah facebook tu puas-puas, takut tutup betul-betul nanti.


BERTWEET LA PULAK LEPAS NI.

9 comments:

aton said...

hoh?! iye ke?? [nmpk sgt la xamek tau perkembangan terkini..haha]

setelah 10 tahun terpisah dgn kwn2..siyes xsangka jumpe balik kat FB!

itulah yg dikatakan pertemuaan perpisahan di tangan Allah.. =)

QaRaMi HasHim said...

btol2..
suka kan bila jumpa kwn2 lama kat fb...
tp tu semua takdir pertemuan yg tuhan tentukan..
:)

Kenzo@MrConteng said...

adeehh~ biar betul!! kalau betul, myspace akan kembali dihuni oleh rakyat malaysia la gamaknya~ huhu...

aton said...

alamak!! anda di-tag!! (◕‿◕) silalah join jika rajen... =)

Atika Natasha said...

byk btul k0ntr0versi fb ni eh..

QaRaMi HasHim said...

biasalah tu kak!!!
cerita2 kntroversi kat negara kita nie..
:)

cempakamelati said...

Tu la dah baca kat blogger-blogger lain pasal Facebook nak di tutup ni...macam tak percaya jerr....kan cerita pasal Facebook ni masih lagi ditayangkan kat panggung wayang..tak mungkin...khabar angin jer kut..

Miss b said...

hehe

fb dah bosan la sekarang. huhu

QaRaMi HasHim said...

cempaka: mgkin ini hanya kabar2 angin yg tak tahu betul ke tak...

myaby: btol2.. fb pon kdg2 bosan...