Wednesday, November 16, 2011

Review Part 1 (Fast track) Broadcasting..



Tahniah saya ucapkan kepada adik-adik semester tiga diploma komunikasi dan media yang menerima tawaran trek pantas ke Ijazah Sarjana Muda (penyiaran) (MC223) UiTM, Shah Alam. Mungkin masih ada yang belum membuat keputusan sama ada ingin menerima atau tidak tawaran ini bukan? Ya! Anda perlukan satu keputusan yang muktamad kerana tindakan ini adalah penentu masa depan anda seterusnya. Saya dahulu pun takut- takut dan was-was untuk menerima tawaran ini, Namun saya cekalkan hati dan meneruskan tawaran dalam pengajian ini. Penulisan kali ini saya sertakan review untuk subjek ini buat pengetahuan anda semua.




Untuk mereka yang menerima tawaran trek pantas bagi program penyiaran, anda akan memasuki semester satu dengan diberi beberapa pengecualian subjek, disini saya sertakan kursus-kursus yang dikehendaki buat pelajar semester satu trek pantas dan review ringkas mengenai subjek tersebut. Semester ini anda hanya akan mengambil 14 jam kredit sahaja selepas diberi beberapa pengecualian. Kebanyakkan subjek dan kursus masih mengekalkan konsep pembelajaran teori.

SUBJEK YANG AKAN DIPELAJARI

*Wajib diambil
LIB 410 – Psychology (3 JK)
COM 411 – News Writing and Reporting (3 JK)
COM 412 – Photo communication (2 JK)
BRO 410 – Principles to broadcasting (3 JK)

*Pilih satu (1) subjek Minor. (3 JK)
PRO 410- Principle of Public Relation
ADV 410- Principle of Advertising
CIT 410- Principle of instructional communicaton
CMP 410- Principle of communication management

*Subjek dikecualikan.*
- Co-curiculum
- Islamic and asian civilization (CTU)
- Introduction to communication and media studies



1)    Psychology.
Kursus ini sama seperti anda pelajari semasa di semester tiga diploma. Tiada perbezaan yang ketara seperti yang dipelajari dahulu. Bagi kerja kursus, anda dikehendaki menyiapkan laporan kajian mengenai perkara yang berkaitan dengan psikologi. Seperti biasa, masih ada kuiz, ujian pertengahan dan peperiksaan akhir.

2)    News Writing and Repoting.
Bagi kursus ini anda akan mempelajari teknik- teknik menulis berita dengan baik dan berkesan. Anda dikehendaki membuat tugasan didalam kelas setiap minggu, mencari berita melalui akhbar serta menganalisis berita dan menulis berita mengikut format yang telah dipelajari. Subjek ini masih mempunyai kuiz, ujian pertengahan dan Ujian akhir. Tiada peperiksaan akhir bagi subjek ini.

3)    Photo Communication.
Kursus ini masih sama seperti anda pelajari di semester tiga diploma. Sekurang-kurangnya anda telah mendapat pendedahan mengenai kamera DSLR semasa pengajian diploma dan anda akan mengguna pakai semula ilmu terdahulu buat kursus ini. Sekadar ingatan, ingati semula teknik pengambilan gambar yag dipelajari dahulu, kerana pensyarah mungkin tidak akan mengajar satu persatu seperti semasa diploma. Tugasannya anda dikehendaki menyiapkan beberapa keping gambar menyikut tema dan teknik yang akan diberikan pensyarah setiap minggu dan ada projek final yang akan diberikan. Subjek ini hanya ada kuiz dan ujian pertengahan mengenai kamera dan teknik- teknik serta projek final. Tiada peperiksaan akhir.

4)    Principle of Broadcasting and multimedia.
Ini merupakan kursus major dalam program penyiaran. Bagi kursus ini anda dikehendaki membuat pembentangan kumpulan bagi setiap tajuk dan menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan penyiaran. Tugasan yang diberikan agak menarik kerana anda mungkin dikehendaki ke mana-mana stesen penyiaran atau membuat kajian mengenai industri penyiaran Malaysia. Masih lagi mempunyai kuiz, ujian pertengahan dan kursus ini ada peperiksaan akhir.


*PILIH SATU SUBJEK MINOR SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN.

Bagi subjek dalam kursus Minor, saya telah memilih Principle of Public relation (PRO410). Kursus ini juga tiada banyak bezanya dengan subjek semasa semester tiga diploma dahulu. Kebanyakkan pensyarah masih menggunakan buku dan silibus yang sama. Jadi, ia pastinya lebih mudah. Masih lagi memerlukan perbentangan kumpulan bagi setiap tajuk dan membuat tugasan yang berkaitan dengan perhubungan awam. Mempunyai Kuiz, Ujian pertengahan dan peperiksaan akhir.

Ini bermakna anda hanya akan mempelajari 5 subjek sahaja setelah diberikan beberapa pengecualian subjek bagi semester ini. Namun, harus diingatkan, setelah berada di semester 3, tiada lagi pengecualian subjek yang akan diberikan. 


Buatlah keputusan yang tepat!! Kejayaan sentiasa menanti dihadapan...